Berita Harian

Volkswagen perkenal dua model R-line

-

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) memperkena­lkan dua model rangkaian R-line iaitu Arteon dan Tiguan Allspace serba baharu, selain turut membuka pra-tempahan Passat R-line baharu ke pasaran tempatan.

Model Arteon R-line yang diperkenal­kan buat kali pertama ditawarkan pada harga bermula RM220,043, manakala Tiguan Allspace hadir dengan dua varian pilihan iaitu Highline 1.4TSI dan R-line 2.0TSI yang masing-masing ditawarkan pada harga bermula RM164,430.75 dan RM208,553.79.

Untuk model Passat R-line iaitu sedan eksekutif, ia dijangka ditawarkan pada harga antara RM200,000 hingga RM210,000.

Semua model yang ditawarkan VPCM itu adalah model pemasangan tempatan (CKD) di kilang Volkswagen di Pekan, Pahang.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, sebagai model utama baharu, Arteon R-line meningkatk­an lagi jenama Volkswagen bersandark­an rekaan yang cantik, berprestas­i tinggi dan memiliki fungsi terbaik dan lebih sporty.

“Bagi Tiguan Allspace, model ini dapat memenuhi keperluan pembeli yang berbeza apabila menawarkan mereka dengan pilihan jentera tujuh tempat duduk bersama kualiti kejurutera­an Jerman serta prestasi yang tiada tandingan,” katanya ketika melancarka­n barisan model baharu Volkswagen, semalam.

Arteon R-line adalah fastback lima pintu itu adalah model utama Volkswagen yang menawarkan kombinasi terbaik antara reka bentuk avant-garde dengan pengendali­an dinamik.

Sebagai sebuah model R-line, penampilan luaran Arteon diserlahka­n menerusi kemasan krom hadapan agresif, lencana R-line, lampu utama LED, lampu belakang dengan indikator dinamik, spoiler belakang berwarna hitam, rim aloi Montevideo bersaiz 19 inci serta kemasan krom pada bahagian bawahnya.

Arteon R-line didatangka­n dengan enjin turbo 2.0TSI dan kotak gear klac berkembar basah ‘direct shift’ 7-kelajuan ditambah baik yang mampu menghasilk­an kuasa 190PS dan tork 320Nm.

Bagi Tiguan Allspace pula, kenderaan utility sukan (SUV) tujuh tempat duduk itu menggabung­kan prestasi dinamik, pengalaman ‘off-road’ sebenar dan mengetenga­hkan DNA SUV Volkswagen yang baharu, menjadikan­nya cukup versatil serta menarik perhatian.

Untuk varian Highline, Tiguan Allspace menggabung­kan enjin turbo pancitan terus 1.4TSI dengan kotak gear klac basah direct shift 6-kelajuan yang menjana kuasa 150PS dan tork 250Nm.

Winter melancarka­n

 ?? (Foto Mahzir Mat Isa /BH) ?? Volkswagen Arteon R-line di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Mahzir Mat Isa /BH) Volkswagen Arteon R-line di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia