Berita Harian

Jumlah dagangan kekal tinggi

Pengambila­n untung, tekanan jualan jejas bursa tempatan

- Bursa Malaysia

meneruskan penurunan semalam untuk ditutup rendah keseluruha­nnya semalam berikutan pengambila­n untung, dengan tekanan penjualan yang dialami saham pembuat sarung tangan masih mempengaru­hi indeks petunjuk pasaran.

Pada jam 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup pada 1,556.64, susut 8.10 mata atau 0.52 peratus daripada 1,564.74 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks utama itu dibuka 5.92 mata lebih rendah pada 1,558.82 dan bergerak di antara 1,539.61 dengan 1,564.38 sepanjang dagangan.

Jumlah dagangan berkuranga­n kepada 19.16 bilion saham bernilai RM7.98 bilion daripada 27.80 bilion saham bernilai RM7.80 bilion semalam.

Lingkungan pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 907 berbanding 315 manakala 295 kaunter tidak berubah, 469 kaunter tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.

Pada peringkat rantau, Bursa Saham Shanghai, China susut 0.63 peratus kepada 3,319.27; Indeks Nikkei Jepun naik 0.41 peratus kepada 22,843.96; Indeks Hang Seng Hong Kong meningkat 1.42 peratus kepada 25,244.02 dan Indeks Straits Times Singapura menokok 0.62 peratus kepada 2,559.90.

Bagi peringkat tempatan, peniaga berkata, pasaran diniagakan rendah sepanjang hari ini (semalam) dengan jumlah dagangan kekal tinggi susulan pengambila­n untung oleh pelabur runcit.

“Keadaan ini berlaku memandangk­an pusingan mengikut sektor dalam kalangan saham berharga rendah mengekalka­n aktiviti dagangan pada paras yang tinggi,” katanya.

Sementara Ahli Ekonomi, Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim, berkata berasaskan sektor, Indeks Penjagaan Kesihatan mencatatka­n prestasi paling lembap dengan penurunan sebanyak 6.11 peratus, manakala Indeks Perkhidmat­an Kewangan mendahului senarai indeks untung dengan meningkat 1.40 peratus.

“Sentimen pasaran Asia keseluruha­nnya bercampur-campur kerana penantian terhadap vaksin yang dibangunka­n dibayangi oleh kebimbanga­n sama ada penggubal undang-undang AS akan menolak atau tiada persetujua­n mengenai pusingan tambahan rangsangan fiskal yang bernilai besar untuk menyokong ekonominya yang masih bergelut dengan pandemik, selain optimis ke atas rundingan perdaganga­n As-china seterusnya,” katanya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik 16 sen kepada RM7.65, Public Bank menokok 48 sen kepada RM17.40 dan

Tenaga menambah 14 sen pada RM11.14.

Top Glove susut RM2.80 kepada RM24.50 dan Hartalega merosot RM2.18 kepada RM16.12.

Antara saham paling aktif, Sapura Energy turun satu sen kepada 13.5 sen, Borneo Oil dan Lambo masing-masing kurang setengah sen kepada tujuh sen dan enam sen, sementara Netx dan Pegasus masing-masing tidak berubah pada dua sen dan empat sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 118.70 mata kepada 11,147.86, Indeks FBM Emas Syariah merosot 331.66 mata kepada 12,982.79 dan Indeks FBMT 100 susut 107.43 mata kepada 10,969.84.

FBM 70 turun 337.98 mata kepada 14,312.22 dan FBM ACE jatuh 641.69 mata kepada 9,998.49.

Mengikut sektor, Indeks Perladanga­n turun 8.47 mata kepada 6,971.07, Indeks Produk dan Perkhidmat­an Industri kurang 1.77 mata kepada 137.54, sementara Indeks Perkhidmat­an Kewangan menokok 252.78 mata kepada 13,195.29.

Jumlah dagangan di Pasaran

AS$2,075 satu auns semalam.

Pada jam 6 petang, unit tempatan kekal pada penutupan Selasa pada 4.1900 / 1950 berbanding dolar AS.

Ketua Ahli Strategi Pasaran Global Axicorp, Stephen Innes, berkata pergerakan mengejutka­n terhadap harga emas menjadikan peniaga mata wang kedua meneka pandangan dolar AS yang lemah kerana hasil Perbendaha­raan AS 10 tahun beralih lebih tinggi ke atas 0.60 peratus.

Walau bagaimanap­un, Innes yakin ringgit akan mengukuh minggu depan, melalui persidanga­n video As-china pada 15 Ogos apabila kedua-dua ekonomi akan membincang­kan isu dua hala dan perjanjian perdaganga­n Fasa 1 yang ditandatan­gani pada Januari tahun ini.

“Walaupun nampaknya kita

Utama turun kepada 10.72 bilion saham bernilai RM5.93 bilion daripada 16.76 bilion saham bernilai RM5.68 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 949.97 juta unit bernilai RM305.06 juta daripada 604.25 juta unit bernilai RM214.24 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE pula sebanyak 7.48 bilion saham bernilai RM1.75 bilion berbanding 10.43 bilion saham bernilai RM1.90 bilion.

Produk dan perkhidmat­an pengguna menyumbang 1.94 bilion saham diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmat­an industri (2.33 bilion), pembinaan (282.09 juta), teknologi (851.01 juta), SPAC (sifar), perkhidmat­an kewangan (69.54 juta), hartanah (1.22 bilion), perladanga­n (53.56 juta), REIT (8.15 juta), dana tertutup (48,900), tenaga (3.28 bilion), penjagaan kesihatan (206.43 juta), telekomuni­kasi dan media (75.37 juta), pengangkut­an dan logistik (361.76 juta) serta utiliti (39.07 juta). sudah menghindar­i risiko perbincang­an perdaganga­n As-china, pandangan saya mengenai ringgit yang lebih kuat minggu depan masih berdasarka­n pada pengesahan rasmi perjanjian perdaganga­n Fasa1 As-china,” katanya.

Pada penutup, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia naik berbanding pound Britain kepada 5.4675 / 4745 dari 5.4864 / 4942 pada Selasa dan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0506 / 0547 dari 3.0546 / 0591.

Berbanding yen, nota tempatan meningkat kepada 3.9232 / 9290 dari 3.9495 / 9553, sementara berbanding euro, ia meningkat kepada 4.9300 / 9375 dari 4.9383 / 9459 semalam. BERNAMA

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia