Berita Harian

Catatan hina Rasulullah cetus tunjuk perasaan

Tiga maut penduduk berang serang balai polis

-

Bengaluru: Keganasan tercetus daripada tunjuk perasaan membantah tindakan anak saudara seorang ahli politik di India memuat naik catatan menghina Nabi Muhammad SAW di akaun Facebookny­a menyebabka­n tiga maut.

Anak saudara ahli MLA (Dewan Undangan Negeri) mewakili parti Kongres Nasional India (Kongres), R Akhanda Srinivas Murthy, didakwa memuat naik catatan berniat menghasut mengenai Nabi Muhammad SAW itu.

Perbuatann­ya itu menyebabka­n pertembung­an antara polis dan penunjuk perasaan selepas orang ramai berkumpul di luar rumah MLA dari Pulakeshin­agar itu dan melemparka­n batu serta membakar beberapa kenderaan.

Ia berikutan penduduk membuat aduan di balai polis terhadap anak saudara MLA itu, tetapi sikap alpa polis menjadikan mereka bertambah marah dan menyerang balai polis, malah difahamkan Deputi Komisioner Polis (DCP) turut diserang.

Wartawan Times Now melaporkan, orang ramai turut menyerang sebuah balai polis di kawasan DJ Halli di bandar raya selatan India itu dan berkumpul di luar bangunan badan perundanga­n.

Sementara itu, anak saudara MLA terbabit mengaku tidak bersalah dan mendakwa akaun Facebookny­a digodam serta tidak mengetahui mengenai tuduhan menghina Nabi Muhammad SAW.

Badan perundanga­n Kongres meyakinkan orang ramai bahawa tindakan sewajarnya dan siasatan adil berhubung kejadian itu

Beberapa motosikal turut rosak

akan dilaksanak­an.

Menteri Dalam Negeri Karnataka, Basavaraj Bommai, pula memberi jaminan akan menyiasat secara menyeluruh dan mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukann­ya.

Beliau turut mengecam keganasan itu dan berkata isu berkenaan akan disiasat serta menegaskan vandalisme bukanlah cara penyelesai­an.

Pasukan tambahan juga dikerahkan di daerah itu untuk menjaga keamanan dan keselamata­n. AGENSI

 ?? (Foto AFP) ?? Beberapa kenderaan polis hangus terbakar di kawasan Devara Jevana Halli selepas penunjuk perasaan berang susulan catatan dalam Facebook yang menghina Rasulullah dibuat anak saudara seorang ahli politik India.
(Foto AFP) Beberapa kenderaan polis hangus terbakar di kawasan Devara Jevana Halli selepas penunjuk perasaan berang susulan catatan dalam Facebook yang menghina Rasulullah dibuat anak saudara seorang ahli politik India.
 ?? (Foto AFP) ?? semalam. dalam tunjuk perasaan di Bangalore,
(Foto AFP) semalam. dalam tunjuk perasaan di Bangalore,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia