Berita Harian

Perintah berkurung di semua rumah jagaan New Zealand

-

Auckland: New Zealand laksana perintah berkurung terhadap rumah jagaan di seluruh negara semalam berikutan kemunculan semula COVID-19 selepas 102 hari bebas virus itu.

Perdana Menteri, Jacinda Ardern, berkata pihak berkuasa sedang berusaha mengesan sesiapa yang ada kontak dengan empat penduduk Auckland diuji positif COVID-19 kelmarin.

Perintah tiga hari tinggal di rumah untuk Auckland, bandar terbesar di New Zealand dengan jumlah penduduk 1.5 juta, diumumkan kelmarin dan mula berkuat kuasa tengah hari semalam.

Polis yang memakai pelitup muka mengadakan sekatan di jalan raya utama di Auckland untuk menguatkua­sakan langkah-langkah kawalan baharu itu.

Ardern berkata, pegawai kesihatan mengenakan perintah berkurung terhadap rumah jagaan warga tua di seluruh negara kerana mereka berpotensi menjadi lokasi utama penyebaran virus.

“Saya menyedari betapa sukarnya keadaan ini bagi mereka yang mempunyai orang tersayang di kemudahan ini, tetapi ini adalah kaedah terbaik untuk melindungi dan menjaga mereka,” katanya.

Berlaku pembelian panik di pasar raya di seluruh New Zealand dan orang ramai berbaris panjang di stesen ujian COVID-19 ketika

Jacinda Ardern

negara kembali berdepan kemunculan semula virus yang ramai sangka sudah berjaya dikalahkan.

New Zealand dengan lima juta penduduk, dianggap oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai contoh bagi membendung COVID-19 selepas hanya mencatat 22 kematian dan mencegah penularan dalam kalangan masyarakat selama lebih tiga bulan.

Ardern berkata, kembalinya COVID-19 ‘tidak menyenangk­an’ tetapi semua usaha sedang dilakukan untuk menjejaki kembali pergerakan empat sekeluarga di Auckland yang dijangkiti virus itu dari sumber yang tidak diketahui.

Tambah beliau, penularan semula wabak yang mengakhiri rekod cemerlang membendung COVID-19 di sempadan New Zealand itu juga mungkin memaksanya menangguhk­an pilihan raya umum yang dijadualka­n pada 19 September ini. AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia