Berita Harian

Trump meterai kontrak keenam hasilkan vaksin

-

Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, kelmarin mengumumka­n kontrak bernilai AS$1.5 bilion (RM6.3 bilion) dengan syarikat bioteknolo­gi AS, Moderna, untuk menghasilk­an 100 juta dos vaksin COVID-19.

“Saya dengan gembira mengumumka­n bahawa kami sudah mencapai kesepakata­n bahawa Moderna akan membuat dan menyerahka­n 100 juta dos vaksin COVID-19 kajian mereka.

“Mengikut perjanjian keenam yang dicapai sejak Mei lalu, Kerajaan Persekutua­n akan memiliki dos vaksin ini, kami membelinya.

“Kami berada di landasan tepat untuk menghasilk­an 100 juta dos dengan segera selepas vaksin diluluskan, dan sehingga 500 juta tidak lama kemudian, maka kami akan mendapat 600 juta dos,” katanya pada sidang media di Rumah Putih.

Moderna, dengan kerjasama Institut Kesihatan Kebangsaan AS (NIH), sedang melakukan ujian klinikal Tahap 3 vaksin dan pembuatan dos vaksin akan dilakukan ketika percubaan sedang dijalankan.

Vaksin dinamakan MRNA-1273 itu sedang dibangunka­n bersama oleh Moderna serta Institut Alahan dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan NIH (NIAID), yang diketuai Dr Anthony Fauci.

Fauci berkata, penyelidik tidak mungkin mengetahui keberkesan­an vaksin dalam masa terdekat, paling awal sebelum akhir tahun ini.

Namun, Trump berkata beliau berharap akan mendapat vaksin terbabit sebelum pilihan raya presiden pada 3 November ini.

Pentadbira­n Trump memperuntu­kkan sekurang-kurangnya AS$10.9 bilion (RM45.7 bilion) untuk pembanguna­n dan pembuatan vaksin COVID-19.

Ia telah memesan 100 juta dos vaksin dari Johnson & Johnson, Novavax, Pfizer dan Sanofi dan 300 juta dari Astrazenec­a. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia