Berita Harian

Presiden Lubnan ikrar teruskan siasatan

-

Beirut: Presiden Lubnan, Michel Aoun, berikrar akan meneruskan siasatan terhadap tragedi letupan di Beirut pada 4 Ogos lalu yang mengorbank­an 171 orang dan mencederak­an 6,000 yang lain, lapor agensi berita Xinhua.

“Saya tidak akan berdiam diri dan tidak akan berhenti sehingga dapat mendedahka­n semua fakta mengenai tragedi ini.

“Sebagai langkah pertama kes ini akan dirujuk kepada Majlis Agung Kehakiman bagi menyelaras langkah penyiasata­n dan tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Maklumat awal menunjukka­n ammonium nitrat yang disimpan sejak 2014 di gudang No 12 di Pelabuhan Beirut mungkin mengakibat­kan letupan itu.

Kepemimpin­an Lubnan menerima kritikan hebat daripada rakyat yang menuduh kerajaan lalai dalam memastikan aspek keselamata­n penyimpana­n ammonium nitrat itu.

Isnin lalu, barisan kabinet Lubnan umum mengundurk­an diri dan merujuk kes berkenaan kepada dewan kehakiman selaras cadangan Menteri Kehakiman Marie-claude Najm. BERNAMA

 ?? (Foto AFP) ?? Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab (kanan) menyerahka­n surat peletakan jawatan kepada Aoun di Istana Presiden Isnin lalu.
(Foto AFP) Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab (kanan) menyerahka­n surat peletakan jawatan kepada Aoun di Istana Presiden Isnin lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia