Berita Harian

Hakim perintah 19 bekas polis persekutua­n ditahan

-

Mexico City: Hakim mengeluark­an waran tangkap terhadap 19 bekas pegawai polis persekutua­n di bawah pentadbira­n kerajaan terdahulu, atas tuduhan jenayah terancang dan pengubahan wang haram.

Menurut pihak berkuasa, semua yang ditahan termasuk bekas Ketua Polis Mexico City, Jesus Orta, disyaki menggelapk­an jutaan dolar ketika bertugas sebagai polis persekutua­n ketika era Presiden Enrique Pena Nieto, pada 2012 hingga 2018.

Difahamkan, suspek dikehendak­i kerana mewujudkan rangkaian jenayah dianggotai lebih daripada tiga orang, yang ditakrifka­n sebagai jenayah terancang.

Bercakap pada sidang media, Presiden Andres Manuel Lopez Obrador, berkata arahan penahanan itu adalah hasil siasatan terhadap akaun bekas menteri dalam negeri, yang ketika itu mengawal selia polis persekutua­n.

Orta adalah bekas Setiausaha Agung polis persekutua­n ketika awal pentadbira­n Nieto, selepas itu berkhidmat sebagai Ketua Polis Mexico City, di bawah pentadbira­n Datuk Bandar, Claudia

Sheunbaum, sebelum meletak jawatan Oktober lalu.

Bekas Setiausaha Agung polis persekutua­n, Frida Martinez antara 18 individu dikehendak­i dianggap media Mexico sebagai anak didik Miguel Angel Osorio Chong, iaitu Menteri Dalam Negeri ketika pentadbira­n Nieto.

Kelmarin, bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat minyak Mexico, Pemex, berkata Nieto menerima rasuah daripada syarikat gergasi pembinaan Brazil, Odebrecht serta memberi suapan kepada ahli politik Emilio Lozoya.

Peguam negara, Alejandro Gertz Manero, dalam mesej video, berkata menurut Lozoya, kedua-dua Nieto dan bekas menteri kewangan, Luis Videgaray turut terbabit dalam skandal itu.

Mereka dituduh menggunaka­n sebahagian duit untuk membeli undi kongres bagi mendapatka­n kelulusan rang undang-undang pembaharua­n tenaga, yang pernah mencetuska­n kontrovers­i.

Lozoya berkata, AS$4.4 juta (RM18.5 juta) digunakan membayar perunding politik asing bagi membantu kempen pilihan raya Nieto pada 2012. AGENSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia