Berita Harian

Krisis COVID-19 jejas belia

-

Pandemik COVID-19

Geneva: Pertubuhan Buruh Antarabang­sa (ILO) memberi amaran bahawa krisis COVID-19 boleh memberi kesan buruk yang berkekalan terhadap prospek kehidupan belia sekiranya tiada tindakan pemulihan diselarask­an segera.

Menurut agensi di bawah naungan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) itu, prospek kerjaya golongan berusia 18 hingga 29 tahun turut mengalami kesan daripada pandemik itu, manakala aspek pendidikan pelajar kini makin suram.

Kesimpulan itu terkandung dalam laporan ILO bertajuk ‘Belia dan COVID-19: Kesan pada Pekerjaan, Pendidikan, Hak dan Kesejahter­aan Mental’.

Ia dibuat berdasarka­n tinjauan global dalam talian, yang mendapati lebih 12,000 anak muda berpendidi­kan berusia 18 hingga 29 tahun di 112 negara terjejas akibat krisis itu.

“Kajian mendapati kesan pandemik kepada belia menjadi sistematik dan tidak seimbang terutama di negara berpendapa­tan rendah, melainkan tindakan segera diambil,” katanya.

Tinjauan turut mendapati 13 peratus responden tiada akses mengikuti pengajaran atau latihan, sementara lebih 70 peratus mengatakan mereka terjejas teruk berikutan penutupan pusat pendidikan di negara mereka.

Tinjauan menunjukka­n wujud jurang digital yang lebar bagi belia di negara berpendapa­tan rendah. AFP

 ?? (Foto AFP) ?? memberi kesan dalam aspek pendidikan dan kehidupan pelajar.
(Foto AFP) memberi kesan dalam aspek pendidikan dan kehidupan pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia