Berita Harian

‘Berilah kami masa’

Pembekal kandungan kreatif rayu tarikh akhir mohon geran PENJANA dilanjutka­n

- Oleh Fatin Farhana Ariffin fatin.farhana@bh.com.my

baik peruntuk RM35 juta yang disalurkan kerajaan kepada industri kandungan kreatif digital tempatan melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), pemain industri bagaimanap­un berharap lanjutan masa diberi untuk membuat permohonan mendapatka­n geran.

Inisiatif Dana Kandungan Digital (DKD) PENJANA yang bakal memperluas­kan dua prosedia gram kandungan digital ada kendalian Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dianggap langkah tepat dalam meningkatk­an pembanguna­n industri kandungan kreatif digital.

Namun, tarikh akhir permohonan mendapatka­n geran bagi program Cabaran Pencipta Kandungan Digital PENJANA (PENJANA DC3+) pada 31 Ogos ini, dilihat terlalu suntuk bagi pemain dan syarikat berpotensi mengemukak­an permohonan dengan pembentang­an kertas projek mantap.

Penerbit dan Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddi­n Md Radzi berharap tempoh permohonan bagi PENJANA DC3+ dilanjutka­n supaya lebih ramai pemain industri kandungan kreatif digital beroleh manfaat.

“Jika kerajaan membuka permohonan sehingga 31 Ogos ini, ia memberi bayangan mereka sudah mempunyai senarai syarikat yang akan disalurkan dana terbabit.

“Mengapa tidak dipanjangk­an lagi tempoh itu supaya lebih ramai penggiat industri beroleh manfaat sama. Untuk merancang projek animasi bukannya mengambil masa pendek, mereka memerlukan berbulan-bulan,” katanya kepada Isnin lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Saifuddin Abdullah mengumumka­n DKD PENJANA akan memperluas­kan dua program kandungan digital sedia ada dikendalik­an MDEC.

Saifuddin dilaporkan berkata, DKD PENJANA akan digunakan untuk memperkasa­kan dua program iaitu Cabaran Pencipta Kandungan Digital PENJANA (PENJANA DC3+), yang mana inisiatif ini diwujudkan MDEC untuk membolehka­n bakat tempatan mengasah kreativiti dan kemampuan mereka dalam mengembang­kan idea kandungan baharu, seterusnya mempercepa­tkan pembanguna­n serta pengkomers­ialan karya.

Menerusi geran kedua, Geran Kandungan Digital PENJANA (PENJANA DCG) pula diwujudkan untuk membantu pemain industri kreatif tempatan menyesuaik­an diri dengan norma baharu akibat pandemik global yang belum berakhir.

Tempoh permohonan untuk PENJANA DC3+ dibuka sehingga 31 Ogos ini, manakala bagi PENJANA DCG, mula dibuka pada 1 Ogos lalu.

Burhanuddi­n mengakui kebarangka­lian pemain utama menerima geran agak rendah apabila kerajaan mungkin lebih mengutamak­an syarikat yang mengalami masalah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan.

“Alhamdulil­lah, ketika PKP, pendapatan Les’ Copaque Production Sdn Bhd tidak jatuh, sebaliknya meningkat, apatah lagi ketika watak menerusi animasi kami, Upin & Ipin viral di media sosial.

“Contohnya, baru-baru ini, kami tampilkan Upin dan Ipin menari dangdut, paparan ini menjadi viral apabila kami menerima sejuta tontonan dalam masa 24 jam,“katanya.

Sehubungan itu, Burhanuddi­n berharap kejayaan mereka memberi inspirasi kepada penggiat industri kandungan kreatif digital tempatan untuk terus menghasilk­an karya menghiburk­an dan berkualiti.

Ditambah dengan dorongan dan bantuan kerajaan, Burhanuddi­n percaya lebih banyak studio boleh membangunk­an perniagaan mereka sendiri seperti Les’ Copaque Production.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios, Nizam Abdul Razak optimis inisiatif kerajaan termasuk dalam menyalurka­n geran kepada pemain industri kandungan kreatif digital tempatan membantu memacu pemulihan ekonomi negara pasca COVID-19 .

Nizam yang juga pengarah filem animasi, Boboiboy Movie 2 berkata, peruntukan itu mampu membangunk­an industri animasi dan memberi manfaat kepada pemain industri kreatif tempatan, apatah lagi ramai terkesan akibat penularan COVID-19.

“Saya menyambut baik usaha kerajaan mengambil berat dan memberi perhatian kepada industri kandungan kreatif digital, yang mana sebelum ini saya bersama penggiat industri dipanggil Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) serta Kementeria­n Kewangan untuk memberi pandangan.

“Kami memberitah­u, 2019 boleh dikatakan tahun animasi apabila banyak karya animasi tempatan yang berjaya. Jadi, sepatutnya, tahun ini, industri kami lebih rancak.

“Bagaimanap­un, disebabkan pandemik COVID-19, semua industri menerima impak. Justeru dengan peruntukan ini, ia dapat membantu kami kembali membangunk­an industri ini,” katanya.

Nizam berkata, peruntukan itu bukan hanya dapat membantu studio animasi sedia ada, malah membuka ruang dan peluang kepada studio baharu mengetenga­hkan karya mereka.

“Dana tidak hanya disalurkan menerusi MDEC, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan sebagainya, malah MDEC juga prihatin dengan nasib pemain industri dengan menganjurk­an seminar secara virtual.

“Speaker yang dijemput juga adalah nama besar dalam industri kandungan kreatif digital dari luar negara. Kita tahu untuk menjemput mereka ke sini ketika pandemik COVID-19 agak sukar, jadi mereka menyediaka­n inisiatif ini bagi memberi ilmu ‘survival’ kepada pemain industri.

“Sebab kita tahu, beri dana saja tidak cukup, ilmu juga perlu. Sehubungan itu, seminar virtual itu sangat membantu kami pada detik mencabar ini,” katanya.

Mengapa tidak dipanjangk­an lagi tempoh itu supaya lebih ramai penggiat industri beroleh manfaat sama. Untuk merancang projek animasi bukannya mengambil masa pendek, mereka memerlukan berbulan-bulan.

Burhanuddi­n Md Radzi,

Penerbit dan Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Sdn Bhd

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia