Berita Harian

Wings bikin konsert maya

Ambil semangat merdeka, kumpulan rock ikonik mahu jadi contoh pemuzik lain

- Oleh Farihad Shalla Mahmud farihad@bh.com.my

Kali pertama menganjurk­an konsert secara maya, vokalis kumpulan Wings, Datuk Awie menyifatka­n Konsert Kita Merdeka yang bakal diadakan pada 29 Ogos ini sebagai suatu eksperimen.

Awie berharap dapat membiasaka­n diri dengan amalan norma baharu dan Konsert Kita Merdeka dapat menjadi contoh kepada penyanyi serta kumpulan muzik lain yang mahu mengadakan konsert maya.

“Dalam situasi sekarang, mahu atau tidak, kita kena patuh dengan norma baharu. Justeru, konsert ini akan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan iaitu tiada penonton.

“Mungkin apa yang dilakukan boleh menjadi contoh kepada penyanyi lain yang mahu mengadakan konsert virtual. Saya tiada masalah berinterak­si dengan penonton di rumah kerana sudah biasa bercakap depan kamera.

“Namun, untuk mengelak rasa janggal membuat persembaha­n tanpa penonton depan mata, mungkin saya akan minta

Mungkin apa yang dilakukan boleh menjadi contoh kepada penyanyi lain yang mahu mengadakan konsert virtual. Saya tiada masalah berinterak­si dengan penonton di rumah kerana sudah biasa bercakap depan kamera.

Awie, Vokalis Wings

penganjur meletakkan kerusi dan belon di depan pentas bagi memeriahka­n suasana,” katanya kepada HIP.

Biarpun beraksi tanpa penonton, Awie berkata, mereka menjanjika­n persembaha­n terbaik kepada peminat.

“Peminat teruja apabila mendapat tahu Wings bakal mengadakan konsert. Walaupun hanya boleh ditonton menerusi peranti atau di kaca televisyen (TV), namun kami akan pastikan konsert ini tidak akan mengecewak­an terutama daripada aspek teknikal seperti sistem bunyi dan pencahayaa­n.

“Tidak hanya mempertaru­hkan nyanyian, kami menyelitka­n elemen lakonan dan aspek lain yang sesuai untuk ditayangka­n di kaca TV.

“Penonton kena pastikan mereka mempunyai pembesar suara atau fon kepala yang berkualiti untuk menikmati muzik dipersemba­hkan,” katanya.

Persembaha­n mengambil masa lebih dua jam itu bakal menyaksika­n kumpulan yang popular menerusi lagu Taman Rashidah Utama dan Sejati itu mendendang­kan 15 lagu.

Konsert Kita Merdeka anjuran Sonic Minds Sdn Bhd dan Firm Motion Sdn Bhd itu boleh ditonton melalui penstriman di www.wingskitam­erdeka.liveframe.my.

Peminat yang mahu menyaksika­n konsert itu boleh membeli tiket berharga RM35 melalui www.galactix.asia.

 ??  ?? Kumpulan Wings mengadakan Konsert Kita Merdeka secara dalam talian yang menjadi antara amalan norma baharu.
Kumpulan Wings mengadakan Konsert Kita Merdeka secara dalam talian yang menjadi antara amalan norma baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia