Berita Harian

Poulsen sedia galas tugas Werner

-

Lisbon: Yussuf Poulsen sudah pulih daripada kecederaan pergelanga­n kaki dan sedia menggantik­an Timo Werner untuk memburu gol buat RB Leipzig pada saingan suku akhir Liga Juara-juara menentang Atletico Madrid awal pagi esok.

Selepas meledak 34 kali musim lalu termasuk empat dalam Liga Juara-juara, penyerang Jerman, Werner meninggalk­an Leipzig dan menyertai Liga Perdana bersama Chelsea, Jun lalu.

Walaupun diberi kebenaran oleh Chelsea, Werner menolak peluang bermain buat Leipzig pada suku akhir dalam usaha untuk fokus kepada kehidupan baharu di London.

Ketika ketiadaann­ya, Poulsen yang baharu sembuh daripada kecederaan pergelanga­n kaki pada Mei, akan berpasanga­n dengan penyerang Republik Czech yang dipinjamka­n, Patrik Schick di Lisbon.

“Kami tahu kami tidak boleh menggantik­an Timo,” kata Poulsen.

“Tapi saya juga tahu bahawa jurulatih ada idea bagaimana kami boleh melalui ini dan menjadi lebih berkesan di Lisbon sama seperti perlawanan Liga Juara-juara kami sebelum ini.

“Selagi saya berada dalam kesebelasa­n utama, saya sentiasa bersetuju dengan jurulatih,” katanya bergurau.

Leipzig hanya ditubuhkan pada 2009 dan kini berada pada pusingan kalah mati Liga Juarajuara buat kali pertama.

Selepas menewaskan Tottenham pada kelompok 16 terakhir, mereka tidak sabar meneruskan rentak terbaik di bawah kendalian jurulatih, Julian Nagelsmann.

Walaupun hanya berusia 26 tahun, Poulsen sudah menghabisk­an tujuh tahun di Leipzig sejak berada di divisyen ketiga Jerman hingga kedudukan antara terbaik Eropah. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia