Berita Harian

Sevilla tunggu United di separuh akhir

-

Paris: Sevilla layak ke separuh akhir Liga Europa selepas tandukan lewat Lucas Ocampos ke atas Wolves, manakala Shakhtar Donetsk membelasah Basel 4-1 bagi menyertai kelab Sepanyol itu dalam kelompok empat terakhir.

Sevilla yang juga juara lima kali akan berdepan Manchester United pada aksi separuh akhir di Cologne Ahad ini.

Ocampos yang juga pemain Argentina menanduk masuk kurang dua minit sebelum aksi tamat, seterusnya memberikan kemenangan 1-0 manakala Shakhtar akan bertemu Inter Milan pada Isnin dalam satu lagi pertemuan.

Sevilla mendominas­i lawan dari England itu dalam sebahagian besar permainan, ketika impian Wolves mencatat kejayaan di Eropah berkubur.

“Saya bangga dengan pemain saya. Kami perlu banyak bersabar berdepan pasukan yang sangat bagus,” kata jurulatih Sevilla, Julen

Lopetegui, dengan pasukannya kini tidak tewas dalam 19 perlawanan untuk semua kejohanan.

“Kami ada cita-cita, kami bekerja keras... tapi kami akan bermain menentang Manchester United... pasukan terbesar bola sepak dunia.”

Wolves bagaimanap­un terlebih dahulu mengancam apabila Adam Traore melakukan larian solo dari kawasan sendiri sebelum dijatuhkan Diego Carlos dalam kotak penalti pada minit ke-11.

Bagaimanap­un Raul Jimenez, yang menjaringk­an semua lapan penalti buat Wolves, membuat sepakan lemah sekali gus penjaga gol, Yassine Bounou mudah menepisnya.

Di Gelsenkirc­hen, Shakhtar menempah tempat ke kelompok empat terakhir dengan kemenangan mengatasi Basel seterusnya memberi amaran kepada Inter Milan menjelang pertemuan Isnin ini. AFP

 ?? (Foto AFP) ?? Pemain Sevilla Lucas Ocampos meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan ketika aksi menentang Wolves, semalam.
(Foto AFP) Pemain Sevilla Lucas Ocampos meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan ketika aksi menentang Wolves, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia