Berita Harian

Aksi lawan Kuwait jadi tanda tanya

- Oleh Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my

FIFA/AFC tunda kempen kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe akan mengadakan perbincang­an bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengenai perancanga­n terbaru buat Harimau Malaya.

Perbincang­an itu turut merangkumi mengenai adakah Harimau Malaya akan meneruskan aksi persahabat­an selepas Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) dan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) menunda kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ke tahun depan.

Skuad kendalian Cheng Hoe sebelum ini dilaporkan akan mengharung­i dua aksi persahabat­an antarabang­sa berdepan Bahrain dan Kuwait sebagai persediaan untuk kempen kelayakan Piala Dunia.

“Saya akan adakan perbincang­an dalam masa terdekat bersama pengurusan tertinggi

FAM. Kita akan lihat mengenai perancanga­n adakah boleh kita adakan aksi persahabat­an tahun ini atau sebagainya.

“Tahun depan sudah pasti kita kena sediakan perancanga­n terbaik yang memihak kepada pemain dan pasukan kebangsaan.

Penyokong pegang saham pasukan

“Kalau boleh (nak adakan aksi persahabat­an), kerana kami sebagai jurulatih sudah biasa dengan rutin bila datang kelendar FIFA akan ada latihan pusat, mencuba pemain dan kita pun mahu lihat ada peningkata­n dari segi prestasi pasukan,” katanya kepada BH Sukan semalam.

Alor Setar: Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) sedia berunding bersama mana-mana pihak yang berminat membeli atau menaja pasukan Lang Merah yang kini dalam proses penswastaa­n.

Presiden KFA, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata pihaknya mengalu-alukan kehadiran jutawan atau syarikat yang berminat berunding dalam merealisas­ikan penubuhan kelab terbabit.

Jelasnya, pihaknya setakat ini sudah menerima cadangan daripada koperasi tempatan yang berminat menubuhkan syarikat bagi menguruska­n pasukan Kedah berstatus kelab.

“Kita terima banyak cadangan untuk memiliki kelab bola sepak Kedah ini, tetapi tidak boleh umum di surat khabar sahaja. Mana-mana jutawan atau yang berminat membeli atau menaja kena datang berjumpa untuk kita pertimbang.

“Kelmarin kita ada berunding bersama sebuah koperasi yang mengemukak­an tawaran menubuhkan syarikat sendirian berhad. Di bawah koperasi ini, peminat akan didaftarka­n sebagai ahli dan menyumbang dana terkumpul yang diguna menguruska­n kelab,” katanya

Aksi Harimau Malaya

FAM ada menasihatk­an agar setiap pasukan berhati-hati dalam menerima tawaran memiliki kelab bola sepak negeri kerana bimbang akan menyebabka­n kerugian pula.

Muhammad Sanusi Md Nor, Presiden KFA

pada sidang media di Wisma Darul Aman semalam.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, sehingga kini KFA masih membuka pintu rundingan dan sedia menerima kertas cadangan berkaitan penubuhan kelab terbabit dari pihak luar.

“Disebabkan itu kita dengar juga pandangan ini, namun pintu rundingan sentiasa terbuka sehingga penubuhan kelab dapat dicapai,” katanya.

 ??  ?? September lalu. menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE)
September lalu. menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia