Berita Harian

60 bekas atlet sahut cabaran jadi usahawan

-

Kuala Lumpur: Seramai 60 bekas atlet menyertai Kursus Kemahiran dan Keusahawan anjuran Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) yang berlangsun­g seminggu bermula Isnin lalu.

Inisiatif dengan kerjasama Yayasan Hasanah itu antara langkah YAKEB membantu bekas atlet terutamany­a yang terkesan daripada aspek ekonomi ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk meningkatk­an kualiti isi rumah dan pendapatan mereka.

Pengerusi YAKEB, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed berkata, sebanyak dua kursus disediakan iaitu kemahiran dan keusahawan dengan tiga pilihan ditawarkan iaitu menyertai kelas bakeri, masakan dan servis pendingin hawa sebelum mereka melangkah ke fasa kelas keusahawan­an.

“Untuk kursus keusahawan­an, kami akan membimbing mereka mengenai pemasaran secara atas talian.

Selama tujuh hari itu, kami akan menyediaka­n mereka ilmu secara teori serta praktikal sebelum pada Ahad nanti, mereka

Sebahagian bekas atlet

ini akan diberikan sijil daripada Kolej Universiti Genovasi,” kata Noorul Ariffin.

Selain kursus, YAKEB akan menyediaka­n modal permulaan yang berbentuk barangan peralatan sebagai langkah buat peserta memulakan atau mengembang­kan perniagaan mereka.

Antara yang menyertai kursus itu ialah bekas juara silat dunia, Zakri Ibrahim, bekas jaguh jalan kaki kebangsaan, Mohd Sharulhaiz­y Abdul Rahman dan Fong Chein Wai (karate).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia