Berita Harian

Bahang SIC Minigp makin terasa

-

Kuala Lumpur: Bahang pusingan pertama SIC Minigp 2020 di Litar Kart Antarabang­sa Sepang (SIKC) hujung minggu ini semakin terasa dengan 21 pelumba cilik akan berentap merebut gelaran.

Kejohanan sulung ini sebahagian daripada MAM Speedweek yang akan berlangsun­g sebanyak lima pusingan di SIKC sehingga Disember membabitka­n peserta muda daripada lingkungan umur lapan hingga 13 tahun.

Inisiatif dilakukan Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) dengan kerjasama ZK Racing kendalian ikon dua roda negara, Zulfahmi Khairuddin ini bakal menggunaka­n jentera Buccimoto BR-10 GP yang berkapasit­i 110cc dan 160cc.

Kejohanan ini juga satu peralihan daripada arena 'pocket bike' ke jentera perlumbaan yang mempunyai rangka penuh bagi membolehka­n pelumba muda memperoleh pendedahan awal sebelum ke peringkat lebih tinggi.

“SIC sentiasa mengalukan program akar umbi seperti Kejohanan SIC Minigp yang berlangsun­g Ahad ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif.

“Saya teruja untuk melihat pelumba muda kita beraksi. SIC ingin melahirkan lebih ramai bakat muda di masa akan datang melalui program ini dan pelapis baharu untuk saingan antarabang­sa.

“Insya-allah satu hari nanti, kita akan ada pelumba yang mampu mengibarka­n Jalur Gemilang di podium dalam kejohanan berprestij Motogp,” tambahnya.

Berdasarka­n keadaan semasa pandemik COVID-19, kejohanan akan berlangsun­g secara tertutup dan tanpa kehadiran penonton bagi memastikan risiko jangkitan wabak dapat dikurangka­n.

Peminat sukan permotoran dua roda boleh mengikuti program penuh sesi kelayakan, Perlumbaan 1 dan Perlumbaan 2 menerusi 'Facebook Livestream' di laman Facebook Kejohanan Minigp SIC.

Sementara itu, Zulfahmi yang juga Pengurus Pasukan ZK Racing mengakui teruja untuk memulakan perlumbaan minggu ini.

“Saya berharap program ini dapat dijalankan secara sempurna dengan kerjasama SIC dan MAM (Persatuan Sukan Permotoran Malaysia) serta sokongan KBS (Kementeria­n Belia dan Sukan),” katanya.

yang menyertai kursus keusahawan­an YAKEB.

 ?? (Foto IG hafizh_syahrin) ?? Aksi Hafizh Syahrin di GP Czech minggu lalu.
(Foto IG hafizh_syahrin) Aksi Hafizh Syahrin di GP Czech minggu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia