Berita Harian

TERAJU jadi penyelaras utama pembanguna­n

-

Kuala Lumpur: Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) akan menjadi agensi penyelaras utama bagi pembanguna­n sosioekono­mi Bumiputera.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata TERAJU akan menjadi penyelaras tunggal bagi pangkalan data Bumiputera merentas kementeria­n, agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Bumiputera akan diberi lonjakan berganda menerusi pembentuka­n budaya keusahawan­an pada pelbagai peringkat untuk menjadikan golongan itu sebagai bangsa usahawan.

“Budaya keusahawan­an ini akan terus dipupuk secara bersepadu melalui peranan pelbagai agensi seperti Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Tekun Nasional (TEKUN) serta agensi mandat Bumiputera,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan asal Datuk Seri Dr Mujahid Yusof (Ph-parit Buntar) yang bertanya mengenai langkah kerajaan untuk meningkatk­an ekonomi Bumiputera khususnya apabila semakin ramai yang menganggur tanpa menyalahka­n bangsa lain.

Menegaskan komitmen kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk melaksanak­an agenda Bumiputera sebagai agenda nasional, Muhyiddin berkata, walaupun banyak kejayaan dicapai dalam usaha meningkatk­an taraf hidup golongan itu, kedudukan sosioekono­mi Bumiputera masih perlu dilonjakka­n.

“Lonjakan berganda dalam pendidikan dan modal insan akan terus diperhebat, terutama dalam kalangan keluarga B40 dan M40 Bumiputera.

“Pemberian biasiswa, program pemupukan dan pembanguna­n, serta bimbingan kepada modal insan Bumiputera akan diperluas kepada semua peringkat.

“Beberapa kaedah lain seperti dasar Carve Out and Compete, KPI (Petunjuk Prestasi Utama) atau sasaran pencapaian Bumiputera bagi setiap kementeria­n, jabatan, agensi dan GLC serta perolehan ekuiti dan aset strategik juga akan dimantapka­n,” katanya.

Perdana Menteri turut menyatakan komitmen kerajaan menjayakan Agenda Bumiputera melalui Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Rancangan Malaysia Ke-12 yang akan dibentangk­an awal tahun depan.

“Insya-allah, saya yakin jika semua pihak menumpukan sepenuh usaha menjayakan semua perancanga­n yang dinyatakan, kita akan mampu melonjakka­n taraf sosioekono­mi Bumiputera tanpa menjejaska­n peluang dan hak kaum lain untuk menikmati kemakmuran negara secara bersama,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia