Berita Harian

Polis tumpas 61 sindiket judi sehingga Julai

-

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaska­n 61 sindiket perjudian dan membuat 3,015 serbuan ke atas premis perjudian haram di seluruh negara, sepanjang Januari hingga Julai tahun ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata seramai 5,590 orang ditahan, manakala 9,817 peranti elektronik dan wang tunai RM1.046 juta dirampas, selain 3,015 kertas siasatan dibuka.

“Sepanjang tahun lalu, sebanyak 4,368 serbuan dibuat di seluruh negara dan 32 sindiket dapat ditumpaska­n. Sepanjang tahun 2019 juga polis menahan 10,303 orang yang terbabit dalam aktiviti perjudian,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Huzir berkata, pihaknya turut merampas 22,884 peranti elektronik dan wang tunai RM1.31 juta, selain membuka 4,368 kertas siasatan pada tahun lalu.

“Jabatan Siasatan Jenayah sudah mengambil tindakan di bawah undang-undang pencegahan iaitu Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 terhadap individu terbabit aktiviti perjudian haram.

“Sebanyak 240 fail kes dibuka dan 185 individu sudah ditangkap di bawah POCA sepanjang Januari hingga Julai lalu,” katanya.

Huzir berkata, sepanjang tahun lalu juga 420 fail kes dibuka dan 372 individu ditahan mengikut akta sama.

Katanya, pembantera­san perjudian haram diperkasak­an lagi dengan tindakan memotong bekalan elektrik ke premis perjudian yang diserbu polis.

“Ia selaras peruntukan Seksyen 21A, Akta Rumah Judi Terbuka 1953. Pada tahun lalu, sebanyak 461 premis dipotong bekalan elektrik, berbanding 518 premis sejak Januari hingga Julai lalu,” katanya.

Jabatan Siasatan Jenayah juga bekerjasam­a dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membatalka­n lesen perniagaan premis yang menjalanka­n aktiviti perjudian haram di seluruh negara.

“Sepanjang tahun lalu, dua lesen perniagaan dibatalkan PBT berkaitan berbanding empat lesen perniagaan untuk tempoh Januari hingga Julai lalu.

“Kita juga berusaha mencadangk­an PBT menyita premis perjudian haram berdasarka­n peruntukan undang-undang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia