Berita Harian

Luqman Hakim tak gentar

- Oleh Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

Sedia depani cabaran menanti sepanjang di KV Kortrijk

Sepang: “Buat apa nak takut?” Begitulah keyakinan dilontarka­n penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin ketika ditemui sebelum berlepas ke Belgium untuk menyertai pasukan divisyen utama di negara itu, KV Kortrijk.

Bakal masuk ke dalam ‘kolam’ yang lebih besar dan mencabar berbanding sebelum ini, pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD itu) enggan cabaran yang dihadapiny­a nanti melemahkan semangat sebaliknya mahu menjadikan ia sebagai penggalak untuk dia mencapai cita-citanya.

“Sudah tentu akan ada cabaran baharu yang perlu ditempuh tetapi saya takkan putus asa. Saya ke sana untuk membantu keluarga, membanggak­an Malaysia. Jadi apa sahaja cabaran datang, saya akan terima.

“Itulah yang saya janji pada diri saya sendiri. Ini memang cita-cita saya. Kepada pemain luar di sana, mereka pun ada sepasang kaki dan saya pun ada sepasang kaki, jadi buat apa saya nak takut.

“Apa yang saya raih sebelum ini semuanya sudah menjadi sejarah dan ini permulaan baharu untuk saya. Saya perlu tingkatkan apa yang saya ada. Jiwa dan mental saya kena kental,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) kelmarin.

Dalam perkembang­an sama, meskipun terbang ke luar negara untuk beraksi bukanlah satu perkara yang asing bagi Luqman, dia mengakui pemergian kali ini ternyata sangat berbeza berbanding sebelum ini.

“Selalunya saya pergi ke luar negara bersama pasukan tetapi kali ini, saya pergi seorang diri. Saya kena matang walaupun tahu sukar untuk melakukan perkara ini berseorang­an.

“Memang sebak untuk tinggalkan Malaysia kerana ini

Luqman bersama ibu dan ayahnya

Sudah tentu akan ada cabaran baharu yang perlu ditempuh tetapi saya takkan putus asa.

Luqman Hakim Shamsudin, Pemain KV Kortrijk

tanah air yang tercinta. Tetapi saya pergi untuk berjuang demi keluarga dan tunaikan janji untuk keluarga dan menaikkan nama Malaysia,” katanya.

“Ibu bapa pun menyokong saya jadi buat apa saya nak sedih. Kesedihan itu saya simpan di dalam hati sahajalah sebab saya percaya doa ibu bapa takkan putus,” katanya.

 ?? (Foto Mohd Fadli Hamzah) ?? di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Belgium, semalam.
(Foto Mohd Fadli Hamzah) di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Belgium, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia