Berita Harian

Usung keranda sedarkan rakyat

-

Pekerja pihak berkuasa tempatan

Jakarta: Pihak berkuasa menggunaka­n kaedah kejutan bagi menyampaik­an mesej kesihatan dan memupuk kesedaran penduduk berhubung COVID-19.

Bermula jam 9 pagi setiap hari, pegawai pihak berkuasa tempatan, Ricky Mulyana dan tiga rakan sekerjanya akan mengusung keranda di tengah kesibukan kota.

“Mana-mana individu yang ditahan kerana tidak memakai pelitup muka akan dimasukkan dalam keranda plastik dengan disaksikan orang awam dan pihak media merakamkan gambar.

“Ini antara cara pihak berkuasa meningkatk­an kesedaran orang ramai mengenai COVID-19 selepas Indonesia menyaksika­n peningkata­n kes positif dan jumlah kematian amat ketara di Asia Tenggara.

“Ia memang memenatkan tetapi berkesan kerana orang ramai semakin memahami bahaya

COVID-19 menerusi pendekatan seperti ini,” katanya ketika ditemui mengusung keranda terbabit di kawasan Cilandak, berdekatan Jakarta.

Bagaimanap­un, tambah beliau, jumlah mereka yang masih belum menyedari kepentinga­n memakai pelitup muka masih tinggi.

Timbalan Ketua Kerajaan Tempatan Cilandak, Encu Suhani, berkata perarakan keranda itu dimulakan minggu lalu dan dijangka diteruskan sehingga 10 September ini.

Selain itu, pihak berkuasa turut menggunaka­n sepanduk dan alat pembesar suara menggesa penduduk mematuhi protokol kesihatan, termasuk memakai pelitup muka dan mengamalka­n penjarakan fizikal.

Di kawasan perkampung­an dekat Jawa, pihak berkuasa menggunaka­n ‘hantu’ untuk melakukan rondaan, dengan mengharapk­an kepercayaa­n kuno penduduk setempat akan memastikan mereka duduk di rumah.

Dron dipasang kain diterbangk­an berlegar sekitar kawasan di mana arahan larangan keluar rumah kurang dipatuhi, sebagai langkah menakutkan penduduk setempat. AGENSI

Ia memang memenatkan tetapi berkesan kerana orang ramai semakin memahami bahaya COVID-19 menerusi pendekatan seperti ini.

Ricky Mulyana, Pegawai pihak berkuasa tempatan

 ?? (Foto AFP) ?? mengenai bahaya COVID-19. mengusung keranda sebagai usaha tingkatkan kesedaran penduduk Jakarta
(Foto AFP) mengenai bahaya COVID-19. mengusung keranda sebagai usaha tingkatkan kesedaran penduduk Jakarta

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia