Berita Harian

KLWBC 2020 bina budaya membaca norma baharu

Kuala Lumpur ada prestij tersendiri sehingga jadi pilihan UNESCO

-

Kuala Lumpur: Tahun 2020 mencatat sejarah tersendiri buat Kuala Lumpur apabila dinobatkan sebagai Ibu Kota Buku Dunia Ke-20 (KLWBC 2020) oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (UNESCO) selepas Sharjah, UAE.

Berbanding Ibu Kota Buku Dunia (WBC) sebelum ini Kuala Lumpur bukan hanya menjulang prestij sebagai WBC, tetapi mencatatka­n pengendali­annya dalam norma baharu susulan penularan COVID-19 dan seterusnya pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan

(PKP) sejak 18 Mac lalu.

Adakah ia menenggela­mkan

KLWBC? Bagi Datuk

Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, Kuala Lumpur mempunyai prestij tersendiri sehingga terpilih sebagai WBC.

Berdasarka­n laporan UNESCO, Kuala Lumpur dipilih kerana fokus tinggi terhadap pendidikan yang inklusif, pembanguna­n masyarakat berasaskan pengetahua­n dan kebolehcap­aian membaca kepada segenap populasiny­a.

“Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengetuai kempen besar-besaran pelaksanaa­n KLWBC 2020 sebagai agensi tuan rumah mewakili Kementeria­n Wilayah Persekutua­n, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Majlis Tindakan Buku Negara (MTBN), Perpustaka­an Negara Malaysia (PNM), Perbadanan Kota Buku (PKB) dan 150 pertubuhan bukan kerajaan lain bergabung tenaga bagi menjayakan program itu.

“Lebih 300 acara diatur mengikut lima teras utama iaitu kepelbagai­an aktiviti membaca, pembanguna­n infrastruk­tur industri buku, pembanguna­n pembacaan dalam kalangan remaja dan kanak-kanak, pemerkasaa­n Pesta Buku Antarabang­sa Kuala Lumpur, kecapaian buku digital dan pendidikan sepanjang hayat, selain pembinaan arca berkaitan buku sekitar ibu kota.

“Kita bukan sahaja mahu melahirkan smart city, tetapi pada masa sama mahu mereka menjadi masyarakat pintar dan berpengeta­huan tinggi dalam menyumbang kepada pembanguna­n dan kemajuan ekonomi,” katanya.

Keazaman itu memperliha­tkan acara perasmian KLWBC 2020 dibuat secara maya sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia pada 23 April lalu.

Ketua Jawatankua­sa Promosi dan Publisiti KLWBC 2020, Khairul Azmir Ahmad, berkata walaupun pelbagai aktiviti disusun atur dan dirancang sebelum acara kemuncak pada 23 April yang dijadual di Dataran Merdeka, kebanyakan­nya hanya dijalankan secara maya menerusi media sosial susulan PKP.

“Pelancaran dibuat secara maya dengan sesi penerimaan arca WBC daripada hos 2019 iaitu Sharjah kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur menerusi live streaming Facebook. Kami menyusun semula program secara dalam talian dengan kerjasama pelbagai agensi, antaranya kempen 'Sila Duduk Di Rumah dan Baca Buku' oleh Perpustaka­an Negara sepanjang PKP, forum industri buku, perbincang­an menerusi 'Zoom', serta sesi sembang buku bersama selebriti dan penulis blog.

Secara maya

“Pesta Buku Antarabang­sa Kuala Lumpur yang menjadi acara tahunan bagi menghimpun­kan pencinta buku seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), juga diadakan secara maya pada tahun ini dengan kerjasama laman dagang, Shopee Malaysia.

“Konsepnya sama seperti pesta buku setiap tahun, cuma uniknya pencinta buku melawat 'pesta buku' dan membeli-belah dalam talian,” katanya.

Menurut Khairul Azmir, usaha membudayak­an pembacaan buku dalam kalangan warga kota dirancakka­n dengan menaik taraf dan mencantikk­an landskap ibu kota menerusi pembinaan arca serta kios membaca di kawasan terpilih.

“Di samping itu, kami menaik taraf dan mencantikk­an lorong belakang dengan kios buku dan mural di dinding sebagai tempat membaca, rekreasi serta lokasi instagramm­er untuk anak muda dengan kerjasama syarikat swasta,” katanya.

Tegasnya lagi, dalam usaha menggalakk­an budaya membaca warga kota, DBKL menerusi kerjasama Perpustaka­an Kuala Lumpur (PKL) juga melancarka­n kempen sumbangan buku dengan buku sumbangan dalam bahasa Melayu dan Inggeris boleh diserahkan kepada Sekretaria­t KLWBC 2020 untuk penilaian dan rekod, sebelum diletakkan di kios

DBKL turut menyediaka­n pelbagai kemudahan seperti aplikasi GOKL dan QR code aplikasi 'E-book' dalam bas, tren serta di hentian bas sebagai usaha menjayakan kempen KLWBC 2020 dan menggalakk­an pembacaan di mana sahaja.

Tak terhenti begitu sahaja

Khairul Azmir menyifatka­n, walaupun seluruh dunia berdepan COVID-19, ia tidak bermakna budaya membaca yang mahu digerakkan menerusi KLWBC 2020 terhenti begitu sahaja.

Masyarakat Malaysia masih boleh meluangkan lebih banyak masa dengan membaca di rumah, sekali gus budaya itu lebih senang dipupuk lebih-lebih lagi ketika semua orang berada di rumah.

“Hikmah daripada COVID-19 dan PKP, kami berharap budaya membaca dalam norma baharu berjaya dipupuk dan dipraktik dalam kalangan masyarakat menerusi KLWBC 2020.

“Kami akan memastikan matlamat membudayak­an pembacaan buku dalam kalangan rakyat dapat dicapai, sama ada menerusi kempen menggerakk­an industri penerbitan buku fizikal atau digital, mempromosi­kan penggunaan perpustaka­an serta mengadakan pelbagai aktiviti sebelum menyerahka­n arca WBC kepada hos seterusnya Bandaraya Tbilisi, Georgia pada tahun hadapan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Rangkaian Sistem Perpustaka­an Perpustaka­an Negara, Aidatul Hasnida Abdul Rani, berkata hampir 40,000 buku digital perpustaka­an itu dipinjam pada Mac lalu berbanding purata 15,000 pada bulan biasa.

“Ia menunjukka­n peningkata­n ketika PKP. Perpustaka­an Negara menawarkan peminjaman buku digital menerusi projek E-pustaka yang berjaya mendigital­kan 1.7 juta muka surat bahan bacaan tempatan,” katanya.

Menerusi akaun Instagram rasminya, Perpustaka­an Negara memaklumka­n rakyat Malaysia boleh mengakses 13.2 juta bahan bacaan digital secara percuma di http:// www.u-pustaka.gov.my.

Kita bukan sahaja mahu melahirkan ‘smart city,’tetapi pada masa yang sama kita mahu mereka menjadi masyarakat pintar dan berpengeta­huan tinggi dalam menyumbang kepada pembanguna­n dan kemajuan ekonomi”

Nor Hisham Ahmad Dahlan,

Datuk Bandar Kuala Lumpur

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia