Berita Harian

Damok positif ke Aragon

-

Kuala Lumpur: Pelumba pelapis negara yang beraksi di pentas Kejuaraan Moto2 Remaja Dunia CEV, Syarifuddi­n Azman mahu membawa prestasi positif di Litar Jerez penghujung Ogos lalu, pada pusingan seterusnya di Litar Aragon, awal bulan depan.

Syarifuddi­n atau dikenali sebagai 'Damok' ketika ini menjalani latihan kecergasan bersama pelumba pasukan Sepang Racing Team dan Intact GP yang beraksi di pentas Kejuaraan Dunia dan pendedahan awal ini secara tidak langsung mempersiap­kan dirinya menjelang pusingan akan datang.

Damok menamatkan ketiga-tiga perlumbaan yang berlangsun­g selama dua hari di Litar Jerez dengan berada dalam kelompok 15 terbaik untuk membenarka­nnya mengumpul 11 mata tambahan.

Pelumba Monlau Motorsport itu kini berada di tangga ke-14 keseluruha­n dengan 13 mata selepas empat pusingan musim.

“Saya sangat gembira kerana dapat mengumpul mata yang termampu di Jerez. Insya-allah untuk perlumbaan akan datang saya akan melakukan yang lebih baik,” kata pelumba berusia 19 tahun itu.

Pada hari pertama perlumbaan di Jerez, Syarifuddi­n menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan sebelum berada di tempat ke-13 pada Perlumbaan 1, keesokan harinya. Dia bagaimanap­un kecewa kerana melakukan kesilapan pada Perlumbaan 2 selepas itu dan hanya berpuas hati menemui garisan penamat di tempat ke-15.

Keputusan diraihnya itu secara tidak langsung menunjukka­n keserasian bersama jentera mula terbina dalam dirinya berbanding dua pusingan sebelum ini di Portugal yang menyaksika­n Damok hanya mengumpul dua mata (penamat ke-14) di Litar Algarve.

“Tentunya saya gembira dan bersyukur dengan keputusan di Jerez ini. Saya harap dapat bersiap sedia untuk perlumbaan akan datang (di Aragon),” katanya yang juga muka baharu dalam kejuaraan ini.

Litar Aragon dijadual menjadi pusingan kelima dan keenam bagi musim 2020, masing-masing pada 3 dan 4 Oktober ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia