Berita Harian

3 bebas tuduhan kes bunuh lelaki di stesen minyak Taman Pelangi pada 2017

Mahkamah putuskan pihak pendakwa gagal buktikan kes prima facie

- Oleh Mohamed Farid Noh farid_noh@bh.com.my

Mahkamah mendapati bukti menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang kabur dan tidak jelas untuk mengaitkan ketiga-tiga tertuduh dalam kes ini.

Pesuruhjay­a Kehakiman

Keratan akhbar BH,

Johor Bahru: Mahkamah Tinggi semalam, melepas dan membebaska­n tiga lelaki daripada tuduhan membunuh serta bersubahat melakukan jenayah bunuh seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, di sini, tiga tahun lalu.

Pesuruhjay­a Kehakiman, Dr Shahnaz Sulaiman membuat keputusan itu terhadap Gan Jia Ji, 22; Yip Kah Hou, 26, dan Woon Kian Hui, 25, selepas pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes prima facie terhadap kes itu.

Shahnaz dalam penghakima­n pada akhir pendakwaan berkata, terdapat beberapa alasan menyebabka­n semua tertuduh dilepas dan dibebas.

“Mahkamah mendapati bukti menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang kabur dan tidak jelas untuk mengaitkan ketiga-tiga tertuduh dalam kes ini.

“Bukti asid deoksiribo­nukleik (DNA) yang diambil juga tidak sepadan dengan darah ditemui di lokasi, selain tiada siasatan dilakukan terhadap bukti alibi.

“Pendakwaan juga gagal mengaitkan kereta BMW yang didakwa digunakan tertuduh untuk melakukan jenayah berkenaan,” katanya ketika membacakan penghakima­nnya.

Mengikut kertas pertuduhan, Jia Ji, selaku tertuduh pertama bersama lima suspek yang masih bebas didakwa melakukan pembunuhan dengan menyebabka­n kematian seorang lelaki, Tan Aik Chai, 44, pada jam 7.30 malam di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, pada 17 Disember 2017.

Bagi kesalahan itu, Jia Ji dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama dan sabit kesalahan boleh dihukum mati.

Kah Hou dan Kian Hui, selaku tertuduh kedua dan ketiga pula didakwa bersama dua lagi yang masih bebas bersubahat dengan Jia Ji dan lima lagi yang masih bebas melakukan pembunuhan dengan menyebabka­n kematian Aik Chai pada lokasi dan waktu sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan Seksyen 34 akta sama yang memperuntu­kkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, Suriani Ujang dengan Jia Jia diwakili Datin S Freda, Che Azlin Farahannis Evani, Foo Fang Leong dan Veeranesh Babu.

Kah Hou pula diwakili Chuah Shyne Chien, manakala Kian Hui diwakili Ram Karpal Singh dan Harshaan Zamani.

Sebanyak 22 saksi pendakwaan dipanggil dan 42 eksibit dikemukaka­n dalam perbicaraa­n dijalankan sejak tahun lalu.

 ?? (Foto Zain Ahmed /BH) ?? Tiga lelaki dibawa ke Mahkamah Tinggi Johor Bahru, semalam.
(Foto Zain Ahmed /BH) Tiga lelaki dibawa ke Mahkamah Tinggi Johor Bahru, semalam.
 ??  ?? Dr Shahnaz Sulaiman, 12 Januari 2018.
Dr Shahnaz Sulaiman, 12 Januari 2018.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia