Berita Harian

Semua KSU kementeria­n, KP jabatan ditetapkan KPI pastikan projek dilaksana ikut jadual

Pastikan kerja lebih pantas selesai projek tertangguh akibat COVID-19

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman bhnews@bh.com.my

Putrajaya: Kerajaan menetapkan Penunjuk Prestasi Utama (KPI) baharu kepada semua ketua setiausaha kementeria­n (KSU) dan ketua pengarah (KP) jabatan supaya program serta projek yang dirancang dapat dilaksanak­an mengikut masa ditetapkan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata kementeria­n dan jabatan kini perlu bekerja lebih pantas serta tidak lagi bekerja mengikut sistem atau gaya kerja yang lama.

Katanya, banyak program dan projek tertangguh disebabkan COVID-19 yang kini bukan sahaja melanda Malaysia tetapi seluruh dunia.

“Saya ingin menekankan bahawa dalam keadaan ini tindakan pantas daripada kita semua amat diperlukan.

“Jika masih bergelut dan terikat dengan alasan serta menggunaka­n tatacara kerja lama, kita khuatir tempoh diperlu untuk gerakkan ekonomi serta pemulihan negara akan lebih panjang.

“Kita sudah tangguh projek dan program ini dalam tempoh yang lama (disebabkan COVID-19). Sehubungan itu, saya dengan KPPA (Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman) tetapkan KPI untuk KSU dan KP bagi memastikan semua yang dirancang dapat digerakkan sebaik mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Kelestaria­n Malaysiaku Indah, di Padang Semarak Taman Wetland Putrajaya, di sini, semalam.

Mohd Zuki berkata, jika KSU dan KP gagal gerakkan projek pembanguna­n atau program mengikut jadual ditetapkan, mereka hendaklah memberi sebab serta alasan munasabah untuk dipertimba­ngkan.

“Alasan dan sebab itu akan dipertimba­ngkan oleh jawatankua­sa pada peringkat saya dan KPPA serta beberapa ahli yang akan dilantik nanti,” katanya.

Mengenai tindakan dan perancanga­n kerajaan untuk membendung masalah penganggur­an disebabkan oleh COVID-19, Mohd Zuki berkata, hal itu dalam perhatian kerajaan.

 ??  ??
 ?? (Foto BERNAMA) ?? Mohd Zuki menanam pokok bersempena Program Kelestaria­n Malaysiaku Indah di Putrajaya, semalam.
(Foto BERNAMA) Mohd Zuki menanam pokok bersempena Program Kelestaria­n Malaysiaku Indah di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia