Berita Harian

Beri PBT kuasa ambil tindakan undang-undang

Pindaan Akta 171 akan diusul pastikan hukuman tegas pihak industri cemar sungai

- Oleh Noorazura Abdul Rahman bhnews@bh.com.my

Kerajaan akan mencadangk­an Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dipinda bagi membolehka­n Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengambil tindakan lebih tegas terhadap pihak industri, termasuk pengusaha kilang dan bengkel yang menyebabka­n pencemaran alam sekitar dan sumber air. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin menegaskan langkah itu akan memberi kuasa kepada PBT untuk mengambil tindakan undang-undang kerana ketika ini, kuasa itu hanya diperuntuk­kan kepada Kementeria­n Alam Sekitar dan Air melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Alor Setar: Pindaan terhadap Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) akan diusulkan untuk membolehka­n pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan lebih tegas terhadap pihak industri yang menyebabka­n pencemaran alam sekitar, termasuk sumber air.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata pindaan itu akan memberi kuasa kepada PBT mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang didapati melakukan kesalahan terbabit, termasuk pengusaha industri seperti kilang dan bengkel.

Beliau berkata, ketika ini, bidang kuasa mengambil tindakan undang-undang bagi kesalahan itu hanya diperuntuk­kan kepada Kementeria­n Alam Sekitar dan Air menerusi Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“Kita akan kaji kelomponga­n undang-undang supaya PBT juga boleh ambil tindakan terhadap pengilang yang menyebabka­n pencemaran ekosistem alam, termasuk sumber air. Kementeria­n akan mencadangk­an satu usul bagi menggubal undang-undang supaya PBT juga boleh mengambil tindakan mengikut Akta 171.

“Sebenarnya, kita memang dalam persediaan merangka rang undang-undang untuk penguatkua­saan lebih tegas dikenakan kepada pengilang seperti ini (bengkel di Rawang, Selangor yang disyaki menjadi punca pencemaran air di Lembah Klang).

“Pada masa sekarang, hanya Kementeria­n Alam Sekitar dan Air yang mempunyai kuasa mengambil tindakan terhadap pengilang yang melakukan pencemaran. Kami (PBT) hanya mengeluark­an lesen perniagaan dan kutip cukai dari premis perniagaan dan pengilang,” katanya selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor di Wisma Darul Aman di sini, semalam.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang diminta mengulas sama ada Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) boleh mengambil tindakan tegas, termasuk menarik balik lesen operasi bengkel yang disyaki menjadi punca pencemaran Sungai Gong di Rawang, Selangor.

Kesan pencemaran sumber air itu memaksa operasi empat Loji Rawatan Air (LRA) di Sungai Selangor dihentikan pada Khamis lalu, iaitu LRA Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan LRA Rantau Panjang sehingga menjejaska­n kira-kira lima juta penduduk.

Media melaporkan pencemaran disyaki berpunca daripada bengkel berhampira­n Sungai Gong yang menyebabka­n 1,292 kawasan di sekitar Kuala Lumpur, Petaling, Klang/shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Susulan kejadian itu, empat beradik yang juga pemilik bengkel terbabit direman enam hari bermula kelmarin hingga Khamis ini untuk siasatan polis.

Zuraida berkata, KPKT perlu diberi kuasa lebih luas kerana isu pencemaran sungai yang berpunca daripada sektor industri sering berulang di Selangor.

Justeru, beliau meminta kerajaan negeri mengambil serius kejadian sedemikian yang turut memerlukan penyelesai­an holistik pada semua peringkat, iaitu penguatkua­saan oleh pihak berkuasa dan peranan kilang itu sendiri.

“Banyak kilang beroperasi di Selangor dan seperti menjadi satu pesta pula apabila berlaku masalah (bekalan) air di negeri itu. Ia menyusahka­n rakyat yang terpaksa mengangkut air naik turun tangga dan sebagainya.

“Gangguan bekalan air di Lembah Klang ketika ini turut membabitka­n penduduk di kira-kira 5,000 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang I dan Lembah Subang II di Selangor,” katanya.

 ??  ?? Pandangan dari udara kawasan bengkel di Sungai Gong, Rawang, dipercayai terbabit dengan pencemaran air yang mengakibat­kan lima juta penduduk Lembah Klang terputus bekalan air hampir empat hari.
Pandangan dari udara kawasan bengkel di Sungai Gong, Rawang, dipercayai terbabit dengan pencemaran air yang mengakibat­kan lima juta penduduk Lembah Klang terputus bekalan air hampir empat hari.
 ?? (Foto Amran Hamid/bh ?? Zuraida menerima cenderahat­i daripada Muhammad Sanusi ketika kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar, semalam.
(Foto Amran Hamid/bh Zuraida menerima cenderahat­i daripada Muhammad Sanusi ketika kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia