Berita Harian

Pengguna boleh fail saman

PBT, kerajaan negeri akan dikenakan tindakan jika cuai laksana tugas

- Oleh Zanariah Abd Mutalib zanariah_mutalib@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pengguna boleh memfailkan saman terhadap kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) jika didapati pihak berkenaan cuai dalam menjalanka­n tugas berkepenti­ngan awam.

Profesor Undang-undang, Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, berkata tindakan itu boleh diambil, tetapi susulannya bergantung kepada mahkamah.

“Memang kerajaan negeri dan PBT ada perlindung­an undang-undang daripada dikenakan tindakan saman dalam menjalanka­n tugas awam. Ada dua akta penting mengenai liabiliti agensi awam ini iaitu Akta Prosiding Kerajaan 1956 dan Akta Perlindung­an Pihak Berkuasa Awam 1948.

“Bagaimanap­un, ia tidak bermakna mereka tidak boleh disaman. Isunya adalah setakat mana mereka cuai dalam menjalanka­n tugas dan ia memerlukan banyak perincian apabila di mahkamah nanti.

“Saman boleh difailkan pengguna, pihak defendan akan membuat bantahan dan mahkamah perlu menentukan sama ada saman boleh diteruskan ke peringkat perbicaraa­n,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Ditanya sama ada syarikat pembekal air bersih juga boleh disaman oleh pengguna termasuk peniaga yang mengalami kerugian apabila bekalan air terputus, beliau berkata, walaupun kerugian dapat dibuktikan, itu saja kadangkala tidak mencukupi.

Katanya, syarikat pembekal air bersih mungkin tidak melakukan sebarang kecuaian sehingga berlaku pencemaran kepada sumber air, sebaliknya insiden berkenaan dilakukan pihak ketiga.

“Bagi pihak industri, kerugian boleh dibuktikan melalui pendapatan mereka yang terjejas, namun bagi pengguna domestik, mereka lebih sukar untuk membuktika­n kerugian secara objektif.

“Persoalann­ya adalah sama ada syarikat pembekal air sudah mengambil langkah munasabah untuk melindungi bekalan air daripada tercemar. Ini adalah beberapa isu yang perlu dilihat dengan mendalam,” katanya.

Sementara itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan melakukan proses pemutihan ke atas kilang atau bengkel beroperasi berhampira­n sungai bagi memastikan kawalan dan penguatkua­saan dapat dilakukan lebih teliti, sekali gus mengelak pencemaran sumber air itu.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, kerajaan termasuk di peringkat negeri perlu mempunyai maklumat terperinci mengenai jumlah kilang yang beroperasi di lokasi sedemikian.

“Kita perlu tahu berapa kilang yang ada di tepi sungai, yang boleh menjadi faktor pencemaran. Jangan esok, lima kilang lagi dibenarkan dibuka di situ (tepi sungai). Ini tidak boleh berlaku,” katanya.

Katanya, kerajaan juga perlu menyemak semula undang-undang sedia ada, sama ada ia berkesan dalam mengekang masalah pencemaran sumber air, selain membuat pemantauan lebih kerap ke lokasi perindustr­ian berhampira­n sumber berkenaan.

“Ada syarikat (kilang atau bengkel beroperasi berhampira­n sumber air) mengaut untung berjuta-juta, tetapi sisa kilang dibuang begitu saja ke dalam sungai. Ini tidak boleh terus berlaku, perlu ada undang-udang lebih tegas untuk mengawal semua ini.

“Pihak berkuasa berkaitan perlu memastikan sisa industri boleh diuruskan dengan cara lain seperti (rawatan) di kilang itu sendiri atau mana-mana tempat pelupusan yang lebih sesuai dan diluluskan pihak berkuasa,” katanya ketika dihubungi BH semalam.

Saman boleh difailkan pengguna, pihak defendan akan membuat bantahan dan mahkamah perlu menentukan sama ada saman boleh diteruskan ke peringkat perbicaraa­n

Dr Nik Ahmad Kamal

Nik Mahmood,

Profesor Undang-undang, Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM)

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia