Berita Harian

Teliti keberkesan­an penalti lebih tinggi pesalah kes

-

Kuala Lumpur: Peningkata­n nilai denda terhadap pesalah kes pencemaran sumber air perlu disusuli penyelaras­an kerjasama pelbagai agensi dan penguatkua­saan secara menyeluruh, khususnya membabitka­n ‘kawasan panas’.

Presiden Persatuan Pencinta Alam (MNS), Prof Dr Ahmad Ismail, menyifatka­n pindaan perundanga­n berkaitan untuk memperuntu­kkan hukuman denda lebih berat kepada pesalah kes sedemikian adalah langkah tepat mengikut perkembang­an semasa.

Bagaimanap­un, katanya, setiap prosiding mahkamah membabitka­n kes pencemaran memerlukan beban pembuktian yang sangat sukar, sekali gus menyaksika­n pesalah biasanya hanya dikenakan denda pada kadar lebih rendah.

“Membuktika­n kesan pencemaran bukan tugas mudah kerana akhirnya hakim perlu membuat keputusan mengikut asas pembuktian dan hujahan, termasuk membabitka­n kos kerugian yang dialami pelbagai pihak dalam insiden pencemaran air.

“Hasrat kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutua­n untuk meminda perundanga­n berkaitan supaya kadar penalti ditingkatk­an amat tepat, tetapi sejauh mana ia dapat menjadi pemangkin ke arah usaha mengekang insiden sedemikian daripada berterusan adalah persoalan lain.

“Banyak faktor lain yang memainkan peranan jika kita teliti dari aspek keberkesan­an perundanga­n dengan memperuntu­kkan penalti lebih tinggi,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Kelmarin, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dilaporkan berkata, denda maksimum untuk kesalahan pencemaran air akan dinaikkan kepada RM1 juta, berbanding jumlah asal RM500,000 menerusi langkah menambah baik Enakmen Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) 1999.

Pindaan enakmen berkenaan akan dibawa untuk dibentangk­an pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang dijadualka­n mulai Oktober hingga November depan.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man turut dilaporkan berkata, pindaan terhadap peruntukan undang-undang sedia ada akan disegeraka­n supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap pesalah kes pencemaran sumber air.

Pindaan itu antara lain membabitka­n Seksyen 121 Akta Industri Perkhidmat­an Air 2006 (Akta 655), Suruhanjay­a Perkhidmat­an Air Negara (SPAN) dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Ahmad berkata, usaha menangani pencemaran air juga wajar disusuli pelarasan kerjasama di antara Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), agensi penyelia pembekalan air di peringkat negeri seperti Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) serta kerajaan negeri.

“Jika penguatkua­saan dan pengurusan membabitka­n industri yang berupaya mengundang risiko pencemaran dilakukan secara lebih bersepadu, insiden yang menjejaska­n pelbagai sektor ekonomi seperti ini mungkin tidak akan berulang.

“Jangan kompromi perihal menjaga zon penampan sungai kerana sebarang operasi kilang, tanpa mengira jenis pelupusan bahan buangan berdekatan tebing sungai berupaya mengundang kesan negatif yang tidak dapat dijangka,” katanya.

 ??  ?? Dr Ahmad Ismail
Dr Ahmad Ismail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia