Berita Harian

62.7 peratus lokasi terjejas pulih sepenuhnya

-

Shah Alam: Bekalan air di 811 kawasan di Selangor dan Lembah Klang kembali pulih sepenuhnya semalam, manakala sehingga jam 7 malam tadi, sebanyak 481 kawasan masih lagi dalam proses pemulihan.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam laman web menjelaska­n, kawasan yang kembali pulih bekalan air itu mewakili 62.7 peratus daripada 1,292 kawasan yang mengalami gangguan bekalan.

Kawasan terbabit ialah Petaling

iaitu 66.1 peratus pulih, Klang/shah Alam (24.2 peratus), Gombak (66.4 peratus), Kuala Lumpur (41.3 peratus), Hulu Selangor (94.1 peratus), Kuala Langat (50 peratus) dan Kuala Selangor (99.2 peratus).

Air Selangor turut menegaskan kualiti air yang dihasilkan syarikat itu adalah bersih dan selamat untuk digunakan mengikut piawaian Kementeria­n Kesihatan (KKM).

“Air Selangor menasihatk­an pengguna untuk merujuk saluran rasmi sosial media kami di Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang di www. airselango­r.com untuk mendapatka­n maklumat sahih berhubung maklumat terkini bekalan air.

“Pihak kami mohon kerjasama pengguna untuk tidak menyebarka­n mesej tidak sahih bagi mengelakka­n kekeliruan kepada pengguna lain,” katanya.

Air Selangor turut memberikan petua kepada pengguna yang baru pulih daripada gangguan ini dengan membiarkan pili air di dapur dibuka mengalir sehingga bekalan air kelihatan bersih dan jernih.

“Selepas itu, air berkenaan boleh terus digunakan untuk memasak, membasuh dan sebagainya,” jelas Air Selangor.

Air Selangor turut mengagihka­n air botol minuman dengan kapasiti lima liter ke beberapa pangsapuri di Bandar Baru Klang, termasuk Pangsapuri Pelangi Indah, Cempaka dan Dahlia.

Sementara itu, Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor, Elina Baseri, dilaporkan berkata pengguna yang kembali menerima bekalan air dinasihatk­an menggunaka­nnya secara berhemah bagi membantu proses pemulihan di kawasan lain yang masih terjejas.

Katanya, Air Selangor akan terus memaklumka­n status terkini gangguan bekalan air kepada pengguna menerusi media dan semua medium komunikasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia