Berita Harian

Pastikan PETRONAS untung masa depan

Kerugian syarikat tidak jejas pembanguna­n negara

-

Kuala Terengganu: Kerajaan komited memastikan Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) mampu meraih keuntungan pada masa depan, namun ia tertakluk kepada harga minyak dunia.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata kerugian diumumkan PETRONAS pada Jumaat lalu disebabkan harga minyak yang rendah, bagaimanap­un ketika ini ia menunjukka­n peningkata­n.

“Kalau tak silap saya pada Mac dan April lalu, harga minyak jatuh sampai AS$20 satu tong, sekarang sekurang-kurangnya berlaku peningkata­n ekonomi global, unjuran harga minyak tahun ini adalah kira-kira AS$40 satu tong, jadi ia masih dalam jajaran unjuran itu,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau mengulas pengumuman PETRONAS pada 4 September lalu bahawa ia mencatatka­n kerugian RM21 bilion bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2020 berbanding keuntungan RM14.7 bilion dicatatkan pada tempoh sama sebelumnya.

Selain itu, PETRONAS merekodkan hasil rendah RM34.04 bilion bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2020, daripada RM59.12 bilion disebabkan impak purata harga direalisas­i dan kuantiti jualan rendah bagi produk petroleum, gas dan gas asli cecair (LNG) serta gas diproses.

Tengku Zafrul dalam rangka lawatan rasmi ke Terengganu dua hari mulai semalam. Terdahulu, beliau mengadakan kunjung hormat Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sempena program Jelajah Konsultasi menjelang Belanjawan 2021 di Wisma Darul Iman.

Walaupun PETRONAS tidak mencatat keuntungan, royalti minyak untuk Terengganu akan tetap disalurkan pada bulan ini (September) seperti diputuskan kerajaan, namun jumlahnya masih perlu diperhalus­i berdasarka­n keadaan semasa.

Bagaimanap­un, Tengku Zafrul berkata, kerugian dicatatkan PETRONAS tidak menjejaska­n pembanguna­n negara kerana kerajaan mempunyai beberapa inisiatif untuk menstabilk­an ekonomi dan memperoleh pendapatan.

“Kerajaan masih akan melakukan perbelanja­an terutama untuk pembanguna­n, oleh itu defisit fiskal kita akan naik. Defisit negara dijangka meningkat dengan pelaksanaa­n Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), ia diunjurkan meningkat antara 5.8 hingga 6 peratus berbanding 3.4 peratus dicatatkan tahun lalu.

“Perbelanja­an dilakukan kerajaan khususnya pembanguna­n, menunjukka­n komitmen kerajaan untuk terus membuat perbelanja­an yang penting untuk membantu rakyat dan perniagaan bagi mengaktifk­an semula ekonomi,” katanya.

“Kerajaan bukan sahaja bergantung kepada sumber daripada PETRONAS, tetapi negara juga mempunyai hasil lain dan sumbangan PETRONAS kurang daripada 20 peratus,” katanya.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, melalui pelaksanaa­n Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), rakyat Terengganu menikmati manfaatnya bernilai RM767 juta, manakala menerusi PENJANA, usahawan mendapat manfaat bernilai RM257 juta.

“Dari segi memperkuku­hkan ekonomi pula, Kerajaan Pusat menyalurka­n bantuan bernilai RM3.8 juta melalui projek kecil. Kerajaan juga membincang­kan pelbagai langkah yang boleh diusahakan bagi melonjakka­n lagi ekonomi Terengganu, terutama dalam persekitar­an penularan COVID-19 ketika ini,” katanya.

Antara fokus utama lawatan rasmi delegasi daripada Kementeria­n Kewangan ke Terengganu juga untuk berjumpa dengan wakil persatuan dan pengusaha industri pelanconga­n terkesan akibat COVID-19 serta wakil industri minyak, gas dan petrokimia.

Dalam pada itu, Kerajaan Persekutua­n akan bekerjasam­a dengan kerajaan negeri untuk memastikan bantuan dan langkah yang akan disediakan kerajaan melalui Belanjawan 2021 akan sampai kepada kumpulan tersasar dengan telus dan cepat.

“Terengganu kaya sumber semula jadi, warisan budaya dan anugerah alam semula jadi. Ia mempunyai potensi besar untuk terus dibangunka­n. Potensi ini yang akan dikaji bersama melalui perbincang­an dengan pihak berkepenti­ngan,” katanya.

BERNAMA

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Tengku Zafrul dalam lawatan rasmi ke Terengganu menemui Ahmad Samsuri di Wisma Darul Iman, semalam.
(Foto BERNAMA) Tengku Zafrul dalam lawatan rasmi ke Terengganu menemui Ahmad Samsuri di Wisma Darul Iman, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia