Berita Harian

Kadar pertumbuha­n ekonomi negara lebih baik

-

Alor Setar: Sektor industri yang kembali beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), berpotensi menjadikan Malaysia antara negara terawal bangkit semula dengan kadar pertumbuha­n ekonomi lebih baik susulan pandemik COVID-19.

Menteri Kanan (Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata walaupun ekonomi negara menguncup 17.1 peratus seperti diumumkan baru-baru ini, trend semasa adalah positif ke arah landasan lebih baik.

“Kini kebanyakan sektor kembali beroperasi dan lebih 15 juta penduduk kembali bekerja. Kadar penganggur­an mula berkuranga­n disebabkan sektor ini kembali beroperasi,” katanya.

Selain itu, beliau menjelaska­n, suntikan Pakej Rangsangan Ekonomi dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) juga dapat menangani kesan negatif akibat pandemik COVID-19.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Makan Malam Penggerak Komuniti Negara (PKN) Kedah/perlis di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), di sini malam kelmarin yang turut dihadiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin.

Mohamed Azmin berkata, Malaysia dilihat berada pada landasan betul berikutan laporan antarabang­sa mengunjurk­an pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun depan antara 6.3 hingga 7.5 peratus.

Beliau menegaskan, rakyat perlu bersama-sama membantu ke arah mencapai sasaran berkenaan dengan berbelanja agar ekonomi negara terus berkembang.

“Pada masa sama, kita tidak mahu ada pihak cuba menakut-nakutkan rakyat dengan berkongsi perkara tidak benar.

“Saya akan membawa barisan pimpinan Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) untuk bertemu pemegang saham, persatuan pengilang, industri dan sebagainya untuk mendengar keluhan dan keperluan mereka.

“Semua penggiat industri ini harus seiring dengan kerajaan untuk memastikan pertumbuha­n ekonomi negara terus positif pada 2021,” katanya.

Kebanyakan sektor kembali beroperasi dan lebih 15 juta penduduk kembali bekerja. Kadar penganggur­an berkuranga­n.

Mohamed Azmin Ali, Menteri Kanan (Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia