Berita Harian

20,000 responden beri maklum balas PTPN 2021-2025

-

Kota Bharu: Hampir 20,000 rakyat memberi maklum balas berhubung Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) 2021-2025 menerusi kajian yang bermula Ogos lalu.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique, berkata penyertaan maklum balas terbabit diambil kira bukan sahaja pada peringkat negeri, malah daerah dan sehingga ke akar umbi kerana pihaknya tidak meletakkan angka tertentu.

Katanya, jika semakin banyak maklum balas diterima, maka ia adalah sesuatu yang baik memandangk­an pihak kementeria­n mahukan pandangan, teguran, nasihat dan inspirasi daripada rakyat bagi merealisas­ikan PTPN 2021-2025.

“Maklum balas terbabit dilaksanak­an di seluruh negara terhadap setiap lapisan masyarakat kerana suara rakyat diambil sebagai keutamaan bagi melaksanak­an dasar PTPN yang berteraska­n prinsip Rukun Negara.

“Tambahan pula, perpaduan adalah tanggungja­wab bersama bukan sahaja memerlukan usaha kerajaan melalui kementeria­n tetapi rakyat juga memainkan peranan tersendiri bagi memastikan kebersamaa­n masyarakat di Malaysia.

“PTPN juga dirangka bagi mengharmon­ikan setiap bangsa dan agama walaupun perpaduan yang kita kecapi hari ini sudah berada dalam keadaan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri sesi maklum balas rakyat berhubung draf PTPN 2021-2025 peringkat negeri Kelantan dan majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an (MOU) antara Kementeria­n Perpaduan Negara (KPN) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), di Dewan Keusahawan­an, Pengkalan Chepa, di sini, semalam.

Hadir sama merasmikan majlis, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, dan Naib Canselor UMK, Prof Datuk Ts Dr Noor Azizi Ismail.

PTPN juga dirangka bagi mengharmon­ikan setiap bangsa dan agama walaupun perpaduan yang kita kecapi hari ini sudah berada dalam keadaan baik.

Halimah Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia