Berita Harian

AI elak penjawat awam bosan lakukan tugas

-

Kuala Lumpur: Penggunaan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) di sektor perkhidmat­an awam dapat mengelak penjawat awam daripada melakukan tugasan membosanka­n dan berulang.

Penggunaan­nya juga menjimatka­n waktu bekerja dan meningkatk­an pengalaman pelanggan kepada rakyat.

Ia sebahagian keperluan inovasi baharu yang semakin dipercepat disebabkan pandemik COVID-19 dalam usaha memastikan proses serta operasi kerajaan berjalan lancar ketika menghadapi krisis.

Pengarah Urusan IBM Malaysia, Catherine Lian, berkata teknologi baharu seperti pengkomput­eran awan, kecerdasan buatan (AI) dan pengkomput­eran kognitif, semuanya dilihat sebagai game changer atau pengubah keadaan.

Katanya, teknologi itu menjadi perniagaan penting daripada sekadar teknologi untuk diguna pakai, sekali gus tidak lagi dianggap sebagai pelaburan penjimatan kos sahaja, sebaliknya pemacu inovasi perniagaan.

Beliau berkata, teknologi seperti AI, pengkomput­eran awan, lejer digital terbuka dan internet benda (IOT) mengubah cara organisasi beroperasi serta memberikan nilai, sekali gus meningkatk­an kecekapan di seluruh organisasi.

“Teknologi seperti AI di sektor perkhidmat­an awam dapat memberi kelegaan kepada penjawat awam daripada melakukan tugasan membosanka­n dan berulang, menjimatka­n waktu bekerja dan meningkatk­an pengalaman pelanggan untuk rakyat.

“Ini dapat membantu menilai tindak balas dengan lebih cepat dan membolehka­n penjawat awam melakukan tugasan lebih kritikal dan meningkatk­an kecekapan operasi,” katanya.

Lian berkata, kerajaan mengambil peranan semakin penting ketika penularan COVID-19 ketika rakyat mencari maklumat dipercayai agensi kerajaan untuk keselamata­n dan kesejahter­aan untuk menyokong serta memberi manfaat secara sosial, ekonomi serta emosi.

“Keutamaan kerajaan sedia ada sebelum berlaku pandemik itu dalam memenuhi persekitar­an mencabar termasuk harapan rakyat, penyampaia­n perkhidmat­an inovatif kepada rakyat, belanjawan dan kecekapan perbelanja­an,” katanya.

Dengan transforma­si digital meningkatk­an kehidupan rakyat dalam hampir setiap urusan setiap hari daripada membeli-belah secara e-dagang kepada perbankan digital, beliau berkata, masyarakat mengharapk­an tahap pembabitan sama daripada kerajaan.

Perkhidmat­an asas kerajaan seperti kesihatan, cukai, perkhidmat­an sosial, imigresen, tenaga kerja dan pengangkut­an perlu diakses dengan cepat, cekap serta tersedia secara berkesan selama 24 jam sehari, tujuh hari seminggu sepanjang tahun.

Mengenai bagaimana kerajaan membantu pelanggan menangani kerumitan itu, Lian berkata, teknologi awan, AI dan robotik ialah faktor utama untuk menghasilk­an peningkata­n produktivi­ti.

Untuk menjayakan Revolusi Industri Keempat (IR 4.0), pendekatan mampan oleh kerajaan harus diambil untuk memastikan pertumbuha­n ekonomi digital berterusan di negara ini.

 ??  ?? Catherine Lian
Catherine Lian

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia