Berita Harian

9,162 pulang dari luar negara jalani kuarantin wajib

-

Kuala Lumpur: Seramai 9,162 individu sedang menjalani kuarantin wajib selepas pulang dari luar negara, kata Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, 66 individu pula dihantar menjalani rawatan di hospital, manakala 14,362 lagi sudah discaj dan dibenarkan pulang.

Katanya, mereka adalah sebahagian daripada 23,590 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabang­sa sepanjang tempoh 24 Julai hingga kelmarin.

“Individu terbabit ditempatka­n di 68 hotel dan empat institut latihan awam (ILA) serta institusi pengajian swasta di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah serta Labuan.

“Mereka pulang dari 32 negara iaitu Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, Emiriah Arab Bersatu, Jepun, Turki, Korea Selatan, Iran, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Timor Leste, Taiwan, China, United Kingdom, Belanda, Papua New Guinea, Mesir, Sepanyol, Perancis, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Sementara itu, 9,849 proses sanitasi dilaksanak­an menerusi Operasi Sanitasi Awam COVID-19 yang dikawal selia Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan, sejak 30 Mac lalu.

Ismail Sabri berkata, operasi di 130 zon itu dilakukan terhadap 12,965 premis membabitka­n pusat perniagaan (2,706), bangunan kerajaan (5,703) dan kawasan perumahan termasuk Program Perumahan Rakyat (1,596), tempat awam (2,606) serta pasar raya (354).

Kelmarin, 11 operasi sanitasi dijalankan di lapan zon membabitka­n tiga Zon Kuning dan lima Zon Hijau di Pulau Pinang, Sabah, Selangor, Melaka, Sarawak serta Kedah.

Individu terbabit ditempatka­n di 68 hotel dan empat institut latihan awam (ILA) serta institusi pengajian swasta.

Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan (Keselamata­n)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia