Berita Harian

6 kes baharu, tiada kematian

Tiga penularan dalam negara babit rakyat tempatan

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman bhnews@bh.com.my

Putrajaya: Enam kes baharu COVID-19 dilaporkan semalam, membabitka­n masing-masing tiga penularan tempatan dan jangkitan dari luar negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini mencecah 9,397 dengan 154 kes aktif.

Beliau berkata, tiga kes penularan dalam negara itu membabitka­n rakyat tempatan, iaitu dua jangkitan dikesan di Sabah melalui Kluster Benteng Lahad Datu (LD) dan satu lagi di Pulau Pinang ketika saringan dalam kalangan pesakit Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) di sebuah pusat rawatan.

“Dua jangkitan baharu yang dikesan dalam Kluster Benteng LD adalah kes 9,395 dan kes 9,396. Kes 9,395 membabitka­n seorang lelaki berusia 45 tahun yang juga kontak rapat kepada kes 9,351.

“Lelaki itu mula bergejala pada 1 September lalu dan dimasukkan ke Hospital Tawau, keesokanny­a. Beliau dikesan positif pada hari sama dan dipindahka­n ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk rawatan lanjut.

“Kes 9,396 adalah seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun yang juga kes pertama dalam generasi ketiga. Kes 9,396 ialah anak saudara kepada kes 9,395 dan dikesan positif sejak semalam (kelmarin), dimasukkan ke

Hospital Tawau untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Dr Noor Hisham berkata, setakat jam 12 tengah hari semalam, seramai 776 individu sudah disaring dengan 16 kes positif dikesan dalam kluster itu membabitka­n tujuh jangkitan di Lahad Datu dan sembilan lagi di Tawau.

“Di Lahad Datu, 420 individu disaring dengan tujuh didapati positif, 259 negatif dan 154 masih menunggu keputusan.

“Saringan di Tawau pula membabitka­n 356 individu dengan sembilan dikesan positif, 67 negatif dan 280 masih menunggu keputusan,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, tiga kes import dilaporkan semalam membabitka­n warga asing, iaitu dua jangkitan dari Indonesia dan satu lagi dari Bangladesh.

Semalam, dua

Tiga kes penularan dalam negara itu membabitka­n rakyat tempatan, iaitu dua jangkitan dikesan di Sabah melalui Kluster Benteng Lahad Datu dan satu lagi di Pulau Pinang.

Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan

pesakit COVID-19

dilaporkan sembuh, menjadikan jumlahnya mencecah 9,115 kes (97 peratus).

Selain itu, tiada pertambaha­n kematian akibat wabak berkenaan dengan jumlahnya kekal 128 kes (1.36 peratus).

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia