Berita Harian

Ramai ingkar pakai pelitup muka, penjarakan fizikal

-

Kuala Lumpur: Tidak memakai pelitup muka di tempat awam dan gagal mematuhi penjarakan fizikal menjadi antara kesalahan yang masih banyak dikesan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini.

Kelmarin, seramai 131 individu ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kesalahan mengingkar­i prosedur operasi standard (SOP) PKPP, membabitka­n 112 dikompaun, 17 direman dan dua lagi dijamin.

Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kesalahan berkenaan membabitka­n tidak memakai pelitup muka (31), gagal menyediaka­n peralatan atau catatan keluar masuk (20) dan dua kes melanggar perintah kuarantin.

Selain itu, beliau berkata, empat premis beroperasi lebih masa, satu premis beroperasi tanpa lesen perniagaan dan 73 aktiviti membabitka­n kehadiran orang ramai yang menyukarka­n penjarakan fizikal.

“Ia hasil 60,340 pemeriksaa­n dilakukan Task Force Operasi Pematuhan diketuai PDRM, semalam (kelmarin).

“Sebanyak 2,829 pasukan pematuhan membabitka­n 12,628 anggota membuat pemantauan di 3,897 pasar raya, restoran (5,138), penjaja (1,496), kilang (1,440), bank (3,755) dan pejabat kerajaan (723).

“Sebanyak 1,419 terminal pengangkut­an darat, 225 terminal pengangkut­an air dan 97 terminal pengangkut­an udara turut dipantau,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Ismail Sabri berkata, 18 tangkapan dibuat dalam Operasi Benteng, kelmarin, membabitka­n empat tekong dan 67 pendatang asing tanpa izin (PATI), manakala sebuah bot dan empat kenderaan darat turut dirampas.

Sebanyak 79 sekatan jalan raya (SJR) Operasi Benteng diadakan membabitka­n PDRM (65), Agensi

Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) (10), dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) (empat).

Sementara itu, di Petaling Jaya, 161 pengunjung kelab malam di Damansara Utama dikompaun kerana tidak mematuhi penjarakan fizikal, dalam Op COVID-19, malam kelmarin.

Hasil pemeriksaa­n dijalankan sepasukan anggota Bahagian Antimaksia­t, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, kira-kira jam 10.30 malam itu mendapati pengunjung duduk rapat dalam kelab malam berkenaan.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superinten­dan Zuhairee Mohamad Rashid, berkata semua pengunjung dikompaun itu berusia antara 20 hingga 40 tahun.

“Kita mendapati mereka tidak mematuhi penjarakan fizikal dan peraturan ditetapkan bagi tempoh PKPP.

“Semua mereka dikompaun sebelum dibenarkan pulang,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

 ?? (Foto Rohanis Shukri/bh) ?? Tinjauan BH mendapati orang ramai mematuhi SOP di tempat awam dengan memakai pelitup muka serta mengimbas QR Code My Sejahtera sebelum memasuki premis perniagaan di R&R Jejantas Sungai Buloh, Selangor..
(Foto Rohanis Shukri/bh) Tinjauan BH mendapati orang ramai mematuhi SOP di tempat awam dengan memakai pelitup muka serta mengimbas QR Code My Sejahtera sebelum memasuki premis perniagaan di R&R Jejantas Sungai Buloh, Selangor..

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia