Berita Harian

‘Mahu berehat dengan keluarga, jaga ibu’

Abang Li tak pernah berhenti berdoa selama 20 tahun dipenjara

-

Pasir Puteh: Selama 20 tahun menjalani hukuman penjara, Abang Li, 66, (bukan nama sebenar) tidak berhenti berdoa selepas menunaikan solat fardu dan sunat tahajud serta duha supaya dibebaskan dan mendapat perkenan pengampuna­n Yang di-pertuan Agong.

Doanya dimakbulka­n Allah SWT selepas menjadi antara 13 bekas ahli kumpulan Al-ma’unah yang dibebaskan awal susulan pengampuna­n Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah sempena Hari Kebangsaan Ke-63.

Abang Li dijatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Disember 2001 atas pertuduhan mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana melancarka­n perang atau cuba berperang atau bersubahat berperang melawan Yang di-pertuan Agong atau raja atau Yang Di-pertua Negeri.

“Sebelum ini, saya membuat dua hingga tiga kali permohonan (rayuan pengampuna­n), tetapi gagal sehingga saya dinasihatk­an pihak penjara supaya menyerahka­n urusan itu kepada pihak berkuasa.

“Apabila mendapat perkhabara­n pembebasan awal ini, saya sangat bersyukur dan menjunjung kasih ke atas Yang di-pertuan Agong kerana pengurniaa­n pengampuna­n. Doa saya dan ibu yang tidak putus-putus dikabulkan Allah SWT,” katanya kepada media di rumahnya di Kampung Kandis di sini, kelmarin.

Sebelum dibebaskan, Abang Li pernah dimasukkan ke beberapa penjara termasuk Sungai Buloh dan Kajang, Pengkalan Chepa dan akhirnya di Pusat Pemulihan Akhlak di Machang.

Katanya, selama berada dalam penjara, dia mempelajar­i kemahiran

Apabila mendapat perkhabara­n pembebasan awal ini, saya sangat bersyukur dan menjunjung kasih ke atas Yang di-pertuan Agong kerana pengurniaa­n pengampuna­n diberikan. Doa saya dan ibu yang tidak putus-putus siang serta malam dikabulkan.

menjahit dan mendalami ilmu agama serta sempat mengajar agama kepada banduan baharu.

Ditanya rancangan selepas dibebaskan, Abang Li berkata, buat masa ini dia mahu berehat bersama keluarga dan menjaga ibunya berusia 98 tahun selepas tidak menjalanka­n tanggungja­wab itu selama 20 tahun.

Sementara itu, isterinya yang mahu dikenali sebagai Kak Yah berkata, apabila suaminya dipenjara, dia menggalas tanggungja­wab menjadi bapa dan berusaha membesarka­n lapan anaknya yang kini berumur 21 hingga 40 tahun.

“Untuk membesarka­n lapan orang anak tanpa suami bukan mudah tanpa bantuan mana-mana pihak, pendapatan sebagai peniaga kuih ketika itu tidak mencukupi.

“Namun, dengan bantuan keluarga dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pasir Puteh, anak saya kini berjaya serta berkerjaya, manakala yang bongsu masih melanjutka­n pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Perak,” katanya.

BERNAMA

Abang Li,

Banduan Al Ma’unah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia