Berita Harian

Cadang lantik Orang Asli jadi guru takmir

-

Cameron Highlands: Kerajaan bercadang mewujudkan program khas untuk melantik Orang Asli menjadi guru takmir sebagai antara usaha meningkatk­an syiar Islam dalam kalangan masyarakat itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-bakri, berkata cadangan itu sekali gus bertujuan memastikan setiap kawasan penempatan masyarakat berkenaan mempunyai guru takmir.

“Pelantikan guru takmir memang bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam negeri yang mengatur tempat pembelajar­an.

“Namun, kita mahu jika boleh ada perubahan lebih bersifat menyeluruh dari segi penyampaia­n dan tugasan supaya semua tempat ada guru takmir,” katanya selepas merasmikan program Kembara Kasih Mualaf 2020 di Kampung Kuala Boh, di sini, semalam.

Zulkifli berkata, cadangan itu sedang diperincik­an pihaknya dan JAKIM serta berharap ia dapat dilaksanak­an secepat mungkin.

“Bilangan mereka yang dianggap sedikit ketinggala­n mengenai agama dalam kalangan masyarakat Orang Asli, perlu diberi perhatian sewajarnya,” katanya.

Sementara itu, Zulkifli berkata, Kembara Kasih Mualaf akan diteruskan di kawasan lain untuk memastikan hubungan dengan saudara baharu lebih akrab.

Katanya, program itu membabitka­n pelbagai modul pembelajar­an perkara asas seperti cara solat, mengambil wuduk, mandi wajib dan mandi jenazah.

Sempena program itu, beliau turut melawat beberapa rumah dan meluangkan masa beramah mesra dengan mualaf, selain menyampaik­an sumbangan barangan keperluan.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Zulkifli menyempurn­akan majlis tahnik, Muhammad Umar Wafi bersama bapanya, Muhammad Asyraf ketika menghadiri Program Kembara Kasih Mualaf di Kuala Boh, semalam.
(Foto BERNAMA) Zulkifli menyempurn­akan majlis tahnik, Muhammad Umar Wafi bersama bapanya, Muhammad Asyraf ketika menghadiri Program Kembara Kasih Mualaf di Kuala Boh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia