Berita Harian

Sistem wakaf perlu sejajar perubahan zaman

- Penulis adalah Felo Institut Kajian Tinggi Islam Antarabang­sa (IAIS) Malaysia Dr Razi Ahmad

Wakaf ialah platform yang menjadi tulang belakang bagi ketamaduna­n dan peradaban dunia Islam. Sejak berabad-abad, sistem wakaf membangunk­an pelbagai prasarana untuk kesejahter­aan masyarakat dari sudut kerohanian, kebajikan, pendidikan, kesihatan dan kelestaria­n.

Namun, sistem wakaf yang lebih holistik dilihat kurang mendapat sambutan dalam masyarakat Islam di negara ini kerana wujudnya persepsi salah mengenai wakaf yang dihadkan kepada beberapa aspek sahaja seperti pembinaan masjid, surau, sekolah agama dan tapak perkuburan.

Hakikatnya, sistem wakaf seharusnya bersifat dinamik dan progresif sejajar dengan perubahan zaman.

Menurut sejarah, sistem wakaf yang diperkenal­kan Islam mewujudkan satu kerangka komprehens­if dalam pengurusan dan pentadbira­n hal ehwal filantropi pada peringkat universal.

Wakaf mencapai kemuncakny­a pada era Empayar Uthmaniyah apabila lebih 35,000 yayasan wakaf ditubuhkan yang memayungi pembanguna­n pelbagai infrastruk­tur awam seperti masjid, pusat pendidikan, perpustaka­an, hospital, pasar awam dan kompleks komuniti (kulliyye).

Wakaf juga dianggap sebagai amalan mulia yang menjadi kebanggaan dalam kalangan bangsawan dan hartawan pada masa itu.

Pada era berkenaan, umat Islam amat kreatif dalam amalan berwakaf dan mengembang­kannya hingga turut merangkumi pembanguna­n rumah penginapan musafir (karavansar­ai), dapur rakyat (imaret), pusat rawatan spiritual dan psikiatri, rumah perlindung­an anak yatim, penjagaan warga tua, sistem pengangkut­an serta pembinaan jalan raya.

Selain itu, wakaf turut digunakan untuk membangunk­an infrastruk­tur air seperti jambatan, kolam mandi awam (hammam), sistem pancuran air dan sistem saliran air untuk keperluan harian, kebersihan serta pengairan taman dan ladang.

Ia selari kemajuan dan teknologi dalam bidang hidrologi dicapai umat Islam pada waktu itu. Banyak infrastruk­tur air dibangunka­n dalam tamadun Islam seperti ‘Ain Zubaidah, iaitu terusan dan pusat pengumpula­n air untuk kemudahan jemaah haji yang dibina pada era Khalifah Harun Al-rasyid.

Begitu juga aljibes atau tempat takungan air berkapasit­i besar yang dilengkapi sistem perpaipan dan saliran serta noria, iaitu mesin berkuasa hidro yang membekalka­n air untuk kawasan bandar dan kampung.

Turut diperkenal­kan ialah nilometer atau alat untuk mengukur ketinggian air dan memberikan amaran awal banjir serta sistem hidrologi yang kompleks tinggalan tamadun Moorish di Alhambra.

Malah, antara wakaf terawal dalam kalangan sahabat Rasulullah SAW ialah wakaf perigi dan kebun kurma oleh Sayidina Uthman Affan yang menjadi model wakaf lestari.

Cendekiawa­n Islam seperti Ismail al-jazari pula mencipta pelbagai teknologi berkaitan air seperti saqiya, iaitu alat mengangkut air mekanikal, selain mesin menyedut air dengan piston dan injap, sistem bekalan air dengan kuasa hidro, jam hidraulik, mesin membasuh tangan dan mesin mengepam tandas.

Oleh itu, langkah Kementeria­n Alam Sekitar dan Air untuk memperkena­lkan Tabung Wakaf Air Nasional (Wakaf Air) adalah usaha baik bagi menghidupk­an amalan kelestaria­n dalam kalangan anggota masyarakat.

Melalui inisiatif ini, sumbangan wakaf daripada orang ramai atau badan swasta akan diuruskan bagi membiayai projek pembanguna­n infrastruk­tur air berskala kecil seperti menggali perigi, membina empangan mini serta membeli peralatan untuk pengepaman, saliran, tapisan dan tangki takungan air.

Infrastruk­tur ini bakal memastikan bekalan air kepada masyarakat sentiasa berterusan, meskipun pada musim kemarau. Ia juga boleh membantu menyelesai­kan isu bekalan air, terutama di pedalaman dan luar bandar yang lokasinya jauh daripada paip utama.

Inisiatif ini bakal diperkemas­kan dengan penubuhan sebuah pasukan bertindak yang bakal dianggotai badan berkepenti­ngan seperti Yayasan Wakaf Malaysia dengan kerjasama Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar dalam mewujudkan urus tadbir efisien, selaras undang-undang dan bidang kuasa berkaitan bagi mewujudkan sinergi yang efektif antara pelbagai organisasi.

Usaha murni ini juga perlu disokong badan dan organisasi berkaitan pengairan, saliran, bekalan, rawatan serta pemelihara­an sumber air di seluruh negara. Inisiatif ini juga akan lebih berkesan dengan dokongan majlis agama Islam di setiap negeri.

Bagi meningkatk­an lagi impaknya, usaha ini boleh dijalinkan dengan instrumen dan platform kewangan Islam yang lain yang sedia ada di negara ini, termasuk mengaplika­sikan platform digital seperti pendanaan awam untuk mengoptimu­mkan sumbangan.

Langkah Kementeria­n Alam Sekitar dan Air untuk memperkena­lkan Tabung Wakaf Air Nasional (Wakaf Air) adalah usaha baik bagi menghidupk­an amalan kelestaria­n dalam kalangan anggota masyarakat.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Kebun kurma antara wakaf terawal dalam kalangan sahabat Rasulullah SAW.
Kebun kurma antara wakaf terawal dalam kalangan sahabat Rasulullah SAW.
 ??  ?? Hotel dibina Yayasan Wakaf Malaysia.
Hotel dibina Yayasan Wakaf Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia