Berita Harian

Kematian nahas jalan raya makin membimbang­kan

- Penulis adalah Pensyarah Pusat Pemanduan Bijak (SDRC), Fakulti Kejurutera­an Awam dan Alam Bina, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

COVID-19 menjadi pandemik utama dunia menjangkit­i lebih 27 juta mangsa dan meragut hampir sejuta nyawa hingga kini. Namun, ada lagi punca kematian kritikal sekian lama berlaku tetapi tidak diambil serius masyarakat.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) melaporkan lebih 1.2 juta kematian setiap tahun di seluruh dunia dan 20 hingga 50 juta mengalami kecederaan disebabkan kemalangan jalan raya.

Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Bukit Aman melaporkan 10,382 kes kemalangan jalan raya berlaku di seluruh negara dalam tempoh 32 hari pertama pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun ini. Daripada jumlah kemalangan dilaporkan ini, 145 kematian direkodkan. Walaupun statistik kemalangan menunjukka­n penurunan positif hingga 70 peratus berbanding sebelum PKP dikuatkuas­akan, kadar kematian ini bukan sesuatu harus dibanggaka­n kerana kemusnahan lebih besar berlaku sebelum penyebaran COVID-19 lagi.

Perbanding­an data kematian disebabkan kemalangan dalam tempoh 18 Mac hingga 18 April lalu berbanding kadar kematian keseluruha­n kes COVID-19 di Malaysia terkini ialah 1.4 peratus kematian disebabkan kemalangan (32 hari) dan 1.35 peratus kematian disebabkan COVID-19 (Januari hingga 27 Ogos lalu).

Kadar kematian disebabkan kemalangan amat membimbang­kan kerana peratusan sebenar dalam tempoh sama dijangka lebih tinggi. Penguatkua­saan PKP pada dasarnya mengurangk­an jumlah trafik, sekali gus menurunkan angka korban kemalangan.

Terdapat kajian menunjukka­n penguranga­n lalu lintas juga menyebabka­n kelajuan kenderaan meningkat dan kes korban jiwa terus bertambah.

Kebimbanga­n ini turut disuarakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Apa lebih merisaukan kerajaan, peningkata­n mendadak kadar kemalangan jalan raya sebanyak 397 kes sehari ketika fasa pertama PKP (PKP 1) kepada 738 kes sehari direkodkan ketika Perintah Kawalan

Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Dalam tempoh 28 hari dari 13 Mei lalu, sebanyak 231 kematian berlaku daripada 25,251 kes kemalangan, iaitu purata 8.25 kematian setiap hari.

Ketakutan terhadap kematian kerana kemalangan sepatutnya semakin berganda ketika negara belum memenangi sepenuhnya perang terhadap COVID-19. Jumlah kematian berpunca kemalangan jalan raya melebihi kematian disebabkan pandemik COVID-19.

Keberkesan­an langkah membendung COVID-19 perlu menjadi contoh terbaik kepada pencegahan kemalangan jalan raya. Walaupun sekian lama kerajaan berusaha memperting­katkan kualiti infrastruk­tur yang menyokong keselamata­n jalan raya, kes kemalangan disebabkan faktor pemandu masih di carta teratas sebagai punca utamanya.

Dalam tempoh COVID-19 ini, adalah penting sistem kesihatan negara tidak dibebani angka korban jalan raya tinggi. Apabila COVID-19 berakhir, kadar kematian akibat kemalangan juga tidak harus meningkat, malah perlu dikurangka­n semaksimum mungkin.

Langkah keselamata­n jalan raya baharu mesti dimasukkan ke dalam pakej langkah pencegahan COVID-19 berterusan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Pengalaman menangani COVID-19 dengan strategi kemas, tegas dan menyeluruh, sangat berpotensi dijadikan iktibar untuk memperting­katkan penerimaan sosial terhadap perubahan sikap pemandu serta tingkah laku.

Proses pencegahan kemalangan dapat dilakukan lebih pantas seperti kempen besar-besaran terhadap kesedaran penjagaan kendiri berkaitan COVID-19 yang berjaya meningkatk­an kesedaran dalam masyarakat.

Jika pendekatan sama dilaksanak­an terhadap keselamata­n jalan raya dengan pemakaian tali pinggang keselamata­n, had laju dan larangan penggunaan telefon bimbit, rakyat mendapat manfaat, malah sebahagian besar nahas berisiko kehilangan nyawa dapat dielakkan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia