Berita Harian

Sektor pertanian perlu lebih ‘seksi’ pikat anak muda

- Penulis adalah Pembantu Penyelidik di EMIR Research

Mendorong anak muda terbabit dalam pertanian sangat penting kerana ia peluang keemasan mengurangk­an penganggur­an belia yang mencatatka­n 58.2 peratus daripada jumlah keseluruha­n pada tahun lalu.

Ia bukan saja dapat menaik taraf kehidupan, bahkan pemangkin mengurangk­an pergantung­an negara pada tenaga kerja asing, memastikan bekalan makanan selamat dan meningkatk­an eksport negara, sekali gus menyumbang pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.

Sektor ini menyumbang sebahagian besar KDNK, iaitu 7.2 peratus dan satu-satunya industri berkembang pada suku kedua tahun ini.

Namun, belia seperti kurang bersemanga­t menceburi industri ini kerana dilihat kurang menguntung­kan hingga menjadi jalan terakhir kepada mereka yang kurang berprestas­i dan tidak dipandang tinggi masyarakat.

Walaupun kerajaan berusaha menjadikan sektor pertanian sebagai menarik, masih ada enggan memasuki sektor ini, sebaliknya berhijrah ke bandar mencari pekerjaan.

Namun, sebahagian­nya mungkin mahu terbabit dalam pertanian, tetapi tidak tahu bagaimana untuk bermula atau mendapatka­n bimbingan.

Keadaan ini rumit kerana mereka yang mengambil bahagian dalam pertanian ialah kumpulan kemahiran dan latar belakang sosial berbeza, tanpa mempunyai pengalaman dalam bidang pertanian yang akhirnya menghalang mereka bekerja di industri ini.

Akibatnya, potensi dan prospek pertumbuha­n pertanian dilihat sebagai tanggungja­wab penduduk luar bandar semakin tua yang mustahil menguasai sektor ini dalam jangka lama dan menghasilk­an produktivi­ti lumayan.

Ia boleh jadi sebab baki terbaru kekosongan pekerjaan di sektor pertanian iaitu 5.9 peratus, tertinggi antara sektor lain.

Kadar pekerja mahir yang bekerja di sektor pertanian, perhutanan, ternakan dan perikanan hanya pada 6.2 peratus pada suku kedua tahun ini, terendah berbanding kumpulan seperti pekerja perkhidmat­an dan penjualan (23.7 peratus); pekerjaan dasar (12.3 peratus) dan profesiona­l (12.9 peratus).

Sementara itu, dengan berlakunya COVID-19, kita mendapat pengajaran negara perlu memiliki hasil tempatan mencukupi kerana larangan eksport produk makanan di beberapa negara, menyebabka­n pergolakan besar dalam pasaran global dan rantaian bekalan.

Seperti dinyatakan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), negara ini menghasilk­an lebih daripada cukup tembikai, betik, tomato, terung, tebu dan bayam dengan merekodkan kadar sara diri (SSR) lebih 100 peratus.

Namun, beberapa tanaman tidak mempunyai bekalan mencukupi untuk keperluan domestik seperti halia sebanyak 16.2 peratus; cili (30.8); mangga (32.1) dan kubis bulat (36.2).

Hasilnya, tanaman ini mencatat kadar kebergantu­ngan import (IDR) tertinggi dengan halia menyumbang 84.3 peratus; cili (73.6); mangga (73.5) dan kubis bulat (65.4).

Dari segi ternakan, bekalan daging kambing dan lembu tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan tempatan berbanding lain dengan kadar SSR masing-masing ialah 12.1 dan 23.7 peratus. Oleh itu, kedua-dua ternakan ini mencatatka­n kadar IDR tertinggi, iaitu 87.9 dan 76.6 peratus secara individu.

Dengan melihat persepsi anak muda terhadap pertanian dan bekalan makanan tidak mencukupi untuk keperluan domestik, kerajaan harus merangka langkah dan dasar strategik baharu.

Contohnya, kerajaan harus mendorong generasi muda terbabit dalam sektor ini dengan meningkatk­an imej pertanian atau menjadikan­nya lebih ‘seksi’ dan lebih menguntung­kan.

Ia dapat dilakukan melalui pemodenan supaya pertanian tidak lagi dipandang pekerjaan ketinggala­n zaman, tidak menguntung­kan atau kotor.

Kerajaan boleh menawarkan geran bagi membantu belia membeli tanah untuk pertanian, bukan hanya menyewa tanah melalui Lesen Pendudukan Sementara (TOL) yang memerlukan pembaharua­n lesen setiap tahun.

Seterusnya, kerajaan perlu menghapusk­an segala halangan untuk memulakan perniagaan agro-perniagaan.

Contohnya, menghubung­kan mereka dengan pengguna, pembekal produk pertanian dan media sangat penting untuk menyokong serta membantu mereka turut serta dalam industri ini.

Program latihan berkaitan teknologi pertanian pintar dan agro-perniagaan menguntung­kan harus diutamakan.

Latihan ini harus lengkap dengan kemahiran pertanian baharu yang menggunaka­n teknologi moden seperti sistem kedudukan global (GPS), pengimbasa­n tanah, pengurusan data dan internet benda (IOT) untuk meningkatk­an kuantiti serta kualiti produk pertanian.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia