Berita Harian

KEB1 2020 terus perkasa ekonomi Bumiputera

- Shahbudin Embun, Majlis Perundinga­n Melayu (MPM)

Majlis Perundinga­n Melayu (MPM) bertegas mahu memperbaha­rui dan memperkuku­hkan resolusi serta pelan tindakan Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama (KEB1) 1965 kepada KEB1 2020 agar kekal relevan bagi memperkasa agenda ekonomi Bumiputera untuk 40 hingga 45 tahun akan datang.

Jika dilihat sejarah, Kongres Ekonomi Bumiputera pertama dirasmikan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman pada 5 Jun 1965. Pada kongres itu, 500 perwakilan kongres dari semua negeri bersidang selama tiga hari.

Kongres itu menjadi permulaan bekerja, berusaha dan melaksanak­an segala yang diputuskan untuk mencapai cita-cita dikehendak­i. Kertas kerja yang dibentang dan dibincangk­an merangkumi pembentuka­n model perniagaan dan perdaganga­n, perkhidmat­an, pemasaran, latihan, penyertaan Bumiputera dalam lapangan perusahaan serta tanah.

Sebanyak 70 resolusi diluluskan termasuk 12 resolusi utama. Antaranya, mencadangk­an nama RIDA diganti dengan Majlis Amanah Rakyat Bumiputera (MARA) dan meminta kerajaan menubuhkan Bank Bumiputera Malaysia.

Selain itu, meminta Kerajaan Persekutua­n mengadakan mesyuarat alim ulama Malaysia untuk membincang­kan penyatuan undang-undang zakat fitrah dan Baitulmal serta cara mengutipny­a.

Oleh itu, KEB kali ini akan berusaha memperbaha­rui, memperkema­s dan memperkasa­kan Resolusi KEB 1965.

Pembaharua­n semula resolusi itu penting untuk mengembali dan memperkuku­hkan kredibilit­i institusi berkaitan pemerkasaa­n Bumiputera seperti MARA, Perbadanan Pembanguna­n Bandar (UDA), FAMA dan Perbadanan Nasional Berhad (PNS).

Tindakan MPM memperbaha­rui dan mengukuhka­n resolusi serta pelan tindakan KEB1 susulan rungutan segelintir usahawan Bumiputera yang mendakwa tercicir daripada menerima manfaat akibat kelemahan sistem penyampaia­n.

Dijangkaka­n lebih 200 cendekiawa­n pelbagai kelompok pemegang taruh Bumiputera akan terbabit dalam sembilan kumpulan bengkel teras dan beberapa kumpulan bengkel satelit.

Hasrat kongres adalah untuk memperkuku­hkan Resolusi KEB 1965 dan mengambil kira serta memperkasa­kan lagi tindakan tindakan diambil.

Kumpulan bengkel akan berusaha menjejaki prestasi dan mengenal pasti segala masalah dalam Fasa Pertama (1965-2020), selain roadmap akan dihasilkan dari Fasa Pertama (1965-2020) ke Fasa Kedua untuk tempoh 45 tahun (2020-2065).

Persidanga­n Bengkel Kongres berlangsun­g dari 28 Ogos lalu sehingga 24 September ini, mengikut tajuk ditetapkan dan berdasar kepada Resolusi KEB 1965.

Setiap bengkel akan menghasilk­an deraf Resolusi Dan Pelan Tindakan KEB 2020. Jawatankua­sa Penganjur Kongres akan menerima dan memperkema­skan sebelum dibentangk­an di kongres yang akan berlangsun­g pada 1 Oktober ini.

Oleh itu, Visi Resolusi dan Pelan Tindakan bagi Fasa Kedua dalam konteks tindakan kerajaan itu, penting bagi memastikan setiap perbincang­an akan mencapai matlamatny­a.

Visi itu merangkumi tindakan kerajaan melaksanak­an Resolusi dan Pelan Tindakan 2020 menepati sepenuhnya visi Resolusi KEB 1965 dan memartabat­kan hak Bumiputera termeterai dalam Perlembaga­an.

Kedua, memperkasa­kan agenda ekonomi Bumiputera dengan melaksanak­an sepenuhnya Resolusi KEB 1965.

Ketiga, menyempurn­akan sepenuhnya Resolusi KEB 1965 dengan memperbetu­lkan segala kegagalan atau tindakan tidak sempurna yang berlaku sepanjang pelaksanaa­n Resolusi KEB 1965.

Setiap bengkel kongres dijangka akan mengilhamk­an Resolusi dan Pelan Tindakan berani serta ikhlas bagi memperkasa dan membangkit­kan hak Bumiputera termaktub dalam Perlembaga­an.

Kita tidak nafikan selama tempoh 55 tahun pelaksanaa­n Resolusi KEB 1965, terdapat kegagalan atau ketidaksem­purnaan dalam sistem tindakan.

Impaknya selepas 55 tahun, seperti dinyatakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Parlimen pada 13 Ogos lalu, Bumiputera masih terjerat dalam putaran ganas kemiskinan yang kedudukan dan penguasaan ekonomi mereka sebenarnya kian menguncup.

Adalah menjadi harapan agar kongres tidak berhenti di situ sahaja. Ia sepatutnya menjadi pemangkin agar bangsa Melayu dapat bergerak untuk sama-sama memaju dan memakmurka­n kehidupan masyarakat Melayu khasnya.

Dalam MPM sendiri, terdiri daripada pemimpin politik, cendekiawa­n dan tokoh perniagaan. Mereka dikumpulka­n supaya anak muda Melayu dapat menjadikan tokoh ini model.

Melayu perlu menjadi bangsa lebih hebat dan bukan sentiasa mengharapk­an ihsan dan bantuan. Keperibadi­an dan jati diri Melayu perlu sentiasa diperkasa. Kejayaan Bumiputera dalam bidang ekonomi ialah gagasan penting perlu dilaksanak­an dengan jayanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia