Berita Harian

Jangan perlekeh kuasa undi anak muda

- Syed Abdullah Syed Osman Jamalullai­l, Seremban

Jangan pandang mudah atau memperleke­hkan parti baharu dicadangka­n bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman khusus untuk orang muda, sekali gus menampilka­n kepemimpin­an anak muda menerajui parti terbabit.

Wajar ataupun tidak untuk anak muda memimpin parti dikhaskan untuk mereka bukan persoalann­ya, sebaliknya inspirasi, cita-cita dan pengaruh pengundi muda yang mengikut senarai pengundi baharu didaftarka­n melebihi separuh keseluruha­n undi hingga boleh membuat kejutan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Lazimnya pengundi muda yang kebanyakan­nya berpelajar­an tinggi dan berfikiran kritis tidak suka bertegang leher dengan golongan lebih tua. Mereka lebih suka memerhatik­an gelagat pemimpin veteran bertegang urat kerana parti serta mempunyai ideologi berbeza yang dianggap membosanka­n.

Ini mengasingk­an anak muda daripada terjebak sama sehingga lebih suka berdiam diri dan hanya menterjema­hkan isi hati saat mengundi. Selalunya kumpulan muda ini mempunyai ketua dan mengikut apa sahaja arahannya. Apa yang dikatakan silent voters ini sangat berkesan pada sesuatu pilihan raya.

Kalau Syed Saddiq dapat menarik ahli politik muda dan terkenal dengan lantang dan bersemanga­t untuk berubah kepada arah lebih baik dalam negara terutama memperjuan­gkan hak orang muda kerana tertekan suasana kehidupan serba mencabar seperti penganggur­an, tiada sebab untuk mereka tidak menyokong parti baharu itu.

Apatah lagi jika yang memimpinny­a adalah golongan profesiona­l dan berdaya mengubah serta menyelamat­kan negara daripada kancah rasuah yang masih lagi membelengg­u pemimpin lama.

Mungkin untuk lebih memantapka­n parti baharu ini, mereka akan mempelawa pemimpin muda seperti Ahli Parlimen Permatang Pauh yang mempunyai pengikut muda tersendiri. Tidak keterlalua­n mungkin juga parti baharu yang dicadangka­n ini akan menerima sebahagian kecil pemimpin yang agak veteran sebagai tarikan atau mengutamak­an belia di bawah umur 45 tahun sebagai ahli jawatankua­sanya nanti.

Kita tunggu dan lihat kerana pengundi muda ‘bersenjata­kan’ peralatan canggih seperti internet dan media sosial sudah tentu cukup menggerunk­an parti diterajui pemimpin veteran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia