Berita Harian

PKR mahu diberi peluang letak lebih ramai calon

Parti minta pembahagia­n kerusi bertanding adil, saksama

- Oleh Mohd Nasaruddin Parzi dan Rafiqah Dahali bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: PKR meminta pembahagia­n kerusi bertanding yang saksama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, kata Presidenny­a, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, parti itu juga mempunyai sejarah di Sabah.

“Saya bertemu pimpinan PKR bersama Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pagi ini (semalam). Dalam pertemuan itu, kami bincangkan soal pengagihan kerusi dalam menghadapi PRN yang akan datang.

“Saya sampaikan hasrat PKR selaku rakan sekutu untuk terus diberikan ruang dengan adil dan saksama sebagai parti yang mempunyai sejarah di Sabah.

“Kami juga bersetuju semua calon akan bertanding dapat bekerja sebagai satu pasukan yang mantap, sekali gus kekal mengemudi Sabah,” katanya menerusi entri di Facebook beliau, semalam.

Beliau berkata, jentera penerangan PKR paling strategik dan berpengala­man serta mempunyai sejarah yang panjang di Sabah.

“Orang menyokong, meragui atau membantah parti bergantung pada keupayaan mereka menerima mesej atau maklumat penerangan dari parti,” katanya.

Sementara itu, di Kota Kinabalu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengakui kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijangka diperuntuk­kan kepada parti itu ‘sangat kecil’.

Katanya, masih ada tempoh seminggu sebelum penamaan calon pada Sabtu ini untuk memuktamad­kan senarai calon.

“Dalam soal pengagihan kerusi, kita perlu ambil kira kawasan yang ada pembabitan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH),” katanya selepas program Jelajah Penerangan Negeri Sabah di sini, semalam.

Yang turut disertai Anwar; Pengerusi

Majlis Penasihat PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew.

Saifuddin berkata, PKR harus diberi peluang meletakkan lebih ramai calon berikutan ada penambahan 13 kerusi DUN Sabah daripada 60 kerusi sebelum ini.

“Kekuatan PKR dari segi jumlah keanggotaa­n kerana Sabah negeri kedua tertinggi selepas Selangor dengan 173,907 keahlian. Antara kawasan dengan keanggotaa­n tertinggi dalam PKR ialah Kudat, Tawau, Pensiangan, Silam, Kudat dan Sepanggar.

“Jumlah itu menggambar­kan penerimaan masyarakat terhadap parti ini,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), sebanyak 60 kerusi DUN dipertandi­ngkan di Sabah dengan PKR bertanding di sembilan kerusi DUN iaitu Inanam, Tempasuk, Kadamaian, Moyog, Karanaan, Matunggong, Tamparuli, Kuala Penyu dan Api-api.

Dewan Rakyat pada Julai tahun lalu, meluluskan usul tambahan 13 kerusi DUN Sabah, menjadikan kedudukan semasa 73 kerusi.

Kekuatan PKR dari segi jumlah keanggotaa­n kerana Sabah negeri kedua tertinggi selepas Selangor dengan 173,907 keahlian. Antara kawasan dengan keanggotaa­n tertinggi dalam PKR ialah Kudat, Tawau, Pensiangan, Silam, Kudat dan Sepanggar.

Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung PKR

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia