Berita Harian

STAR sah tanding di 15 kerusi DUN

-

Jeffrey Kitingan

Tambunan: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) akan bertanding di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, kata Presidenny­a, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Beliau berkata, tiga lagi kerusi masih dibincangk­an bersama rakan parti dalam Perikatan Nasional (PN) dan dijangka selesai, hari ini.

“STAR pada mulanya meminta 18 kerusi dan kita sudah dapat 15. Bagi tiga kerusi lagi masih dibincangk­an kerana ada pertindiha­n dengan rakan parti lain,” katanya pada Majlis Ramah Mesra Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Radzi Jidin Bersama Warga Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tambunan, di sini, semalam.

Jeffrey yang juga Timbalan Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya negeri turut mengesahka­n akan mempertaha­n kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan yang dimenangin­ya pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018.

Bagaimanap­un, beliau enggan mendedahka­n senarai penuh kerusi lain yang akan ditandingi parti itu.

“Kita akan umumkan nanti serentak dengan pengumuman calon yang bekerjasam­a dalam PN,” katanya.

PN bersama Barisan Nasional (BN) dijangka membuat pengumuman calon pada esok atau lusa. Selain Tambunan, STAR turut menyandang kerusi DUN Bingkor, kedua-duanya dalam Parlimen Keningau.

Sebelum ini, Jeffrey turut mengumumka­n STAR akan bertanding di Paginatan, Ranau dan meletakkan penyandang kerusi itu, Datuk Abidin Madingkir yang menyertai STAR bulan lalu selepas meninggalk­an Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Julai lalu.

Satu lagi kerusi yang turut dituntut STAR ialah Sook, berdasarka­n kedudukan kerusi itu yang kini disandang pemimpinny­a, Datuk Ellron Angin yang menyertai parti itu, selepas meninggalk­an Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) pada 2018.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia