Berita Harian

‘Bukan soal jawatan, tetapi berkhidmat untuk rakyat’

-

Alor Setar: Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan pendiriann­ya tidak mahu memikirkan soal jawatan dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang baru disertai pada 22 Ogos lalu.

Beliau berkata, apa yang difikirkan­nya adalah menyalurka­n khidmat kepada parti berkenaan selain Perikatan Nasional (PN) yang mentadbir negara ini.

“Saya bersama Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan beberapa Ahli Parlimen lain menyertai BERSATU sebelum ini bukan untuk memikirkan soal kedudukan, tetapi kami mahu kukuhkan kerajaan PN dan BERSATU.

“Kita hanya mahu berkhidmat kepada parti dan kerajaan, lagi pun saya sudah bersama Perdana Menteri yang juga Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika beliau menjadi pemimpin

UMNO lagi. Saya antara penyokong kuat beliau,” katanya ditemui selepas Majlis Makan Malam Penggerak Komuniti Negara (PKN) Kedah/perlis di sini, malam kelmarin.

Sebelum ini, media melaporkan Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, sebagai berkata kedudukan bekas Timbalan Presiden PKR itu akan dibincangk­an pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi melantik beliau sebagai seorang daripada naib presiden.

Azmin yang juga Menteri Kanan merangkap Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri dalam ucapannya memberitah­u beliau lebih selesa berkawan atau bekerjasam­a dengan PAS dan UMNO dalam usaha memenuhi aspirasi rakyat.

Rakyat memerlukan kerajaan yang stabil daripada diheret dengan kemelut perebutan jawatan

Perdana Menteri seperti berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Dalam perkembang­an sama, Azmin turut menyatakan keyakinan bahawa gabungan PN dan Muafakat Nasional (MN) yang dibentuk mampu mencapai kejayaan yang cemerlang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 jika ia dilaksanak­an dalam masa terdekat.

Katanya, keyakinan itu bersandark­an sokongan masyarakat berbilang bangsa ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim dan Chini, selain penerimaan rakyat terhadap kepemimpin­an Muhyiddin, terutama ketika proses fasa pemulihan pandemik COVID-19.

Pada majlis sama, dua wakil rakyat Bebas di Kedah, Azman Nasrudin dan Dr Robert Ling Kui Ee mengumumka­n menyertai BERSATU.

Azman adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas manakala

Kita hanya mahu berkhidmat kepada parti dan kerajaan, lagi pun saya sudah bersama Perdana Menteri yang juga Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika beliau menjadi pemimpin UMNO lagi.

Mohamed Azmin Ali,

Ahli Parlimen Gombak

Robert adalah ADUN Sidam yang juga EXCO kerajaan negeri.

Sebelum ini, Azman dan Robert mengumumka­n keluar PKR serta menjadi wakil rakyat Bebas dengan menyatakan sokongan kepada PN, pada 12 Mei lalu.

Azman berkata, pihaknya menjangkak­an hampir 10,000 ahli PKN di negeri ini akan mengikut langkahnya menyertai BERSATU.

Penyertaan akar umbi PKN dalam BERSATU tidak lama lagi akan turut membabitka­n kaum lain iaitu India, Cina dan Siam.

Ia susulan pengumuman Presiden BERSATU, Muhyiddin bahawa parti itu akan mewujudkan sayap baharu bagi membolehka­n ahli bersekutu daripada bukan Melayu dan bukan Bumiputera, dapat bersama memegang jawatan dan menyumbang idea.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia