Berita Harian

Kadi lemas ketika selam skuba di Pulau Tioman

Keluarga, rakan anggap pemergian satu kehilangan besar

- Oleh Omar Ahmad bhnews@bh.com.my

Johor Bahru: “Keperibadi­an arwah sangat baik sebagai pegawai Jabatan Agama Islam negeri Johor (JAINJ) dan juga sebagai menantu,” luah bapa mentua Kadi Johor Bahru, Mohd Fahami Abd Samad, Madzlan Abas.

Mohd Fahami meninggal dunia dipercayai lemas ketika melakukan selam skuba di perairan Kampung Air Batang, Pulau Tioman, Rompin kira-kira 150 kilometer dari Kuantan, Pahang, kelmarin.

Madzlan, 73, berkata, arwah tidak menunjukka­n sebarang tanda akan meninggalk­an keluarga buat selamanya.

“Kali terakhir saya berjumpa menantu pada Khamis lalu ketika menziarah cucu yang juga anak sulung arwah berusia 18 tahun yang ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk melanjutka­n pelajaran.

“Arwah memang seorang yang baik dan bertanggun­gjawab sebagai menantu serta pegawai Jabatan Agama Islam negeri. Ia dapat dilihat hari ini (semalam), dengan ramai saudara dan sahabat yang datang memberi penghormat­an kepada Allahyarha­m dengan menunaikan solat jenazah.

“Tiada tanda tentang pemergian Allahyarha­m, cuma pada Jumaat

lalu ketika selepas solat Jumaat, saya terpandang bilik mandi mayat di sebelah kiri dan ketika itu terdetik siapa yang akan meninggal dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas solat jenazah di Masjid Al-jawahir, Taman Mutiara Rini, dekat sini yang dihadiri lebih 1,000 jemaah.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Hal Ehwal Agama Johor, Tosrin Jarvanthi, meyifatkan pemergian Allahyarha­m Mohd Fahami sebagai satu kehilangan besar kepada negeri itu.

“Pemergian Allahyarha­m memang kehilangan besar kepada negeri ini kerana sumbangan dan bakti dalam martabatka­n syiar Islam cukup besar ertinya.

“Selama 15 tahun saya kenal dan rapat dengan arwah sejak arwah menyandang jawatan Kadi Daerah Kulai sebelum ini. Memang terasa kehilangan. Semoga arwah ditempatka­n dalam kalangan orang beriman,” katanya.

Sementara itu, jenazah Allahyarha­m Mohd Fahami selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Mount Austin, dekat sini, kira-kira jam 10 pagi. Majlis pengebumia­n dan bacaan talkin dipimpin Ahli Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Noh Gadot.

Allahyarha­m meninggalk­an isteri, Fauzi Norani Madzlan, 42, dan empat anak berusia tiga hingga 18 tahun.

Anak sulung Allahyarha­m, Amir Fuhaira, berkata, ayahnya tidak menunjukka­n sebarang perubahan namun sentiasa memberi nasihat kepadanya sebagai anak tunggal lelaki agar bertanggun­gjawab menjaga keluarga.

Katanya, dia terkejut dengan pemergian ayahnya kerana baru bertemu pagi Jumaat lalu sebelum bertolak ke UMT untuk menyambung pengajian.

“Rasa terkejut, ketika terima panggilan daripada pak cik memaklumka­n ayah sudah tiada dan meminta saya segera pulang menaiki kapal terbang.

“Saya dapat rasakan sejak kebelakang­an ini arwah selalu cakap Amir sudah besar, boleh buat semua sendiri, malah ketika ibu meminta ayah ke kedai untuk membeli barang, ayah akan minta saya yang pergi.

Arwah memang seorang yang baik dan bertanggun­gjawab sebagai seorang menantu serta pegawai Jabatan Agama Islam negeri.

Madzlan Abas, Mentua

 ??  ?? Jenazah Mohd Fahami (gambar kecil) selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Ar-raudhah, Mount Austin di Johor Bahru, semalam.
Jenazah Mohd Fahami (gambar kecil) selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Ar-raudhah, Mount Austin di Johor Bahru, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia