Berita Harian

KPKT cadang bina lebih 600 rumah PPR di Kedah

-

Alor Setar: Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merancang membina dua Projek Perumahan Rakyat (PPR) baharu di Kedah, membabitka­n kos RM128 juta.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin, berkata kedua-dua projek itu akan dibangunka­n di Kubang Pasu iaitu PPR Jitra dan Kodiang menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKE-12) dan akan dibentangk­an pada Januari 2021.

“Untuk PPR Jitra, kita bercadang membina 159 unit rumah pangsa, manakala 500 unit rumah teres dibangunka­n untuk PPR Kodiang dengan kos keseluruha­n RM128 juta.

“Ini penting berikutan pertambaha­n penduduk dan menjadi keperluan bagi golongan B40,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, di Wisma Darul Aman di sini, semalam.

Zuraida berkata, KPKT bercadang membina pembanguna­n fasiliti waste to energy (WTE) membabitka­n beberapa kemudahan seperti loji dan lain-lain fasiliti yang boleh menjana tenaga dari sisa di Jabi, Pokok Sena dan Semeling, Bedong.

Beliau berkata, tapak pelupusan sampah di dua kawasan berkenaan perlu dinaik taraf kepada WTE segera berikutan keadaannya agak kritikal.

“Pembinaan itu mengambil masa kurang dua tahun dan akan dibangunka­n oleh syarikat yang bakal membuat pelaburan kelak sekali gus mampu menyelesai­kan masalah pelupusan sampah di negeri ini.

“Kita bercadang membina Waste Park, pembanguna­n fasiliti setempat untuk tujuan kitar semula secara holistik di Kulim.

“Dengan adanya Waste Park, kita harapkan kilang plastik, besi dan lain-lain dapat ditempatka­n di situ serta tiada kilang haram di Kedah,” katanya.

 ??  ??
 ?? (Foto hiasan) ?? Kerajaan bercadang membina 500 unit rumah teres untuk PPR Kodiang.
(Foto hiasan) Kerajaan bercadang membina 500 unit rumah teres untuk PPR Kodiang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia