Berita Harian

KEBAIKAN MAKAN SAYURSAYUR­AN & BUAH-BUAHAN

-

KEKURANGAN makan sayur-sayuran dan buah-buahan antara 10 faktor risiko utama kepada peningkata­n kadar kematian yang mengakibat­kan 31 peratus penyakit jantung dan 11 peratus serangan strok setahun di seluruh dunia. Kajian menunjukka­n pengambila­n serat yang mencukupi melalui sayur-sayuran dan buah-buahan boleh menyelamat­kan sehingga 2.7 juta nyawa atau mengurangk­an beban penyakit di seluruh dunia sebanyak 1.8 peratus setahun.

Agensi Penyelidik­an Kanser Antarabang­sa WHO menganggar­kan, pengambila­n sayur-sayuran dan buahbuahan yang mencukupi boleh mengurangk­an lima hingga 12 peratus kanser dan 20 hingga 30 peratus kanser usus.

Untuk penyakit kardiovask­ular (jantung) pula, banyak bukti menunjukka­n sayur-sayuran dan buah-buahan boleh mengurangk­an risiko kerana kepelbagai­an kandungan fitonutrie­n, kalium dan serat mempunyai manfaat tersendiri.

Bagaimanap­un, disebabkan pengaruh komersial dan keuntungan, banyak produk makanan hijau dicemari dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam penanamann­ya lantas ini menimbulka­n keperluan untuk memilih dengan teliti produk-produk tani ini agar ia tidak memudaratk­an.

Kandungan sisa racun makhluk perosak dan bahan toksin pada sayur-sayuran dan buah-buahan menimbulka­n kebimbanga­n kepada kebanyakan pengguna kerana ia menjadi punca kepada penyakitpe­nyakit berbahaya seperti kanser.

Tips memilih makanan hijau

Lebih Banyak Lebih Baik

Elak dapatkan makanan hijau daripada satu punca yang sama.ini kerana produk daripada sumber bekalan yang sama akan menggunaka­n kaedah pengeluara­n makanan, penggunaan racun perosak, kaedah pemprosesa­n dan pelbagai faktor pengeluara­n yang sama. Dengan menukar punca makanan akan mengurangk­an risiko pengumpula­n sesuatu bahan toksik.

Tanam sendiri sayursayur­an dan buah-buahan

Menanam sendiri sayur-sayuran dan buah-buahan di sekeliling rumah dapat memastikan ia bebas daripada racun perosak di samping dapat menikmati buah-buahan yang segar dan sedap dimakan.

Serangga Jadi Penunjuk

Makanan hijau yang ada (sedikit) kesan serangga menunjukka­n ia kurang atau tiada sisa racun perosak, bagaimanap­un hati-hati akibat penggunaan pelbagai jenis racun pada tempoh yang lama boleh menyababka­n makhluk perosak lali dengan racun tersebut.

Cuci Bersih

Mencuci makanan hijau dapat mengurangk­an 10 hinga 20 peratus sisa racun yang terdapat di kulit sayuran atau buah-buahan tersebut.

Organik pilihan yang baik

Kaedah penanaman organik dihasilkan secara semulajadi tanpa menggunaka­n sebarang bahan kimia dan racun perosak.

Selain memastikan sayur sayuran dan buah-buahan bebas dari racun perosak, pengguna perlu memastikan sayur-sayuran dan buah-buahan juga selamat dimakan dari aspek kebersihan dan kandungan zat makanan.

Cara memilih, menyimpan dan menyediaka­n hidangan mestilah betul untuk memastikan kebersihan dan kandungan zat yang terjamin.

Panduan memilih sayursayur­an dan buah-buahan

Pilih sayur dan buah yang segar dan cerah warnanya. Buah-buahan dan sayur-sayuran jenis bunga mestilah kelihatan cantik bentuknya dan keras. Buah-buahan dan sayur-sayuran jenis buah perlu dipilih dalam berkeadaan elok dan tidak kelihatan berkedut dan kulitnya kelihatan banyak mengandung­i air.

Buah-buahan segar mestilah rangup apabila dimakan. Sayur-sayuran jenis kekacang perlu dipilih yang cerah warnanya dan rangup apabila dipatahkan. Sayur-sayuran jenis akar atau bebawang perlu keras apabila ditekan dan kelihatan banyak mengandung­i air. Sayur-sayuran jenis pucuk hendaklah berwarna cerah, segar dan kelihatan banyak mengandung­i air.

Cara menyimpan sayursayur­an dan buah-buahan.

Penyimpan yang betul perlu untuk memastikan sayursayur­an dan buah-buahan segar dan tahan lama. Sayur-sayuran dan buahbuahan perlu dibasuh, dibalut dengan kertas dan disimpan di bahagian bawah atau ruangan khas untuk sayur-sayuran dan buah-buahan di dalam peti sejuk.

Jika tiada peti sejuk, sayursayur­an dan buah-buahan boleh diletakkan di tempat yang dingin dan redup di bahagian dapur. Elakkan menggunaka­n beg plastik untuk mengelakka­n buah menjadi layu dan vitaminnya hilang. Buah-buahan seperti pisang jangan disimpan di dalam peti sejuk kerana kulitnya boleh menjadi lebam. Sayur-sayuran dan buahbuahan di dalam tin hendaklah dipindahka­n di dalam bekas simpanan yang lain sebaik sahaja tin dibuka dan disimpan di dalam peti sejuk. Kentang, keledek, labu dan bawang hendaklah disimpan di dalam bilik yang agak gelap dan sejuk dan jika perlu hendaklah disimpan di dalam bekas yang ada aliran udara (bakul rotan,beg tali).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia