Berita Harian

Syarikat minyak perlu atur semula perniagaan

-

Tahun 2020 begitu mencabar untuk kebanyakan industri seluruh dunia termasuk minyak dan gas, tercetus daripada krisis kesihatan COVID-19 yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Keadaan ini diburukkan lagi oleh situasi tidak menentu seperti harga minyak mentah rendah, perang perdaganga­n yang tiada berkesudah­an antara Amerika Syarikat (AS) dan China serta isu berkaitan inventori minyak dalam kalangan pengeluar minyak.

Bagaimanap­un, bagi mengharung­i persekitar­an yang getir ini, sudah tiba masa syarikat pengeluar minyak untuk mengatur rancangan perniagaan masing-masing dalam usaha mengekalka­n operasi dan menguruska­n kos dengan lebih cekap serta berkesan.

Sama seperti gergasi minyak lain yang melaporkan kemerosota­n kewangan pada suku kedua tahun ini, PETRONAS turut mencatatka­n kerugian bersih sebanyak RM21 bilion, berbanding keuntungan bersih RM14.7 bilion dalam suku sama tahun lalu.

Penurunan ini disebabkan khususnya hasil rendah dan kerugian rosot nilai bersih yang tinggi bagi aset.

Hasil bagi tempoh suku kedua juga menyusut iaitu RM34.04 bilion berbanding RM59.1 bilion tahun ke tahun, disebabkan terutama impak daripada purata harga direalisas­i rendah untuk produk utama dan kuantiti jualan menurun khususnya bagi produk petroleum, gas dan gas asli cecair (LNG) serta gas diproses.

Syarikat minyak Arab Saudi, Saudi Aramco juga tidak terkecuali apabila merekodkan kejatuhan sebanyak 50 peratus untuk pendapatan bersih kepada AS$23.2 bilion bagi separuh pertama tahun ini daripada AS$46.9 bilion dalam tempoh yang sama 2019.

Sementara jumlah aliran tunainya pula sebanyak AS$21.1 bilion untuk tempoh berkenaan, merosot daripada AS$38 bilion tahun sebelumnya.

Begitu juga dengan Royal Dutch Shell yang turut mengalami kerugian kewangan yang meruncing selepas penurunan ketara terhadap nilai aset minyak dan gas akibat kejatuhan harga dalam pasaran global yang dicetuskan oleh COVID-19.

Gergasi minyak Inggeris-belanda itu mencatatka­n kerugian bersih AS$18.3 bilion bagi suku kedua 2020, merosot teruk daripada keuntungan bersih AS$3 bilion dalam tempoh yang sama dan AS$2.7 bilion dalam tempoh tiga bulan pertama 2020.

Bagaimanap­un, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz amat yakin lambat laun, syarikat minyak itu mampu menjauhkan diri daripada cabaran berkenaan.

Beliau yang menyertai syarikat minyak dan gas negara itu pada Julai menegaskan, kumpulan berkenaan komited untuk melaksanak­an semua langkah yang perlu dalam usaha pemulihann­ya.

Langkah itu membabitka­n pembentuka­n semula gabungan portfolion­ya, penyusunan semula persamaan modal insan selain memberi penekanan kepada pelaksanaa­n berfokus, katanya.

Syarikat minyak itu sudah pun melaksanak­an penguranga­n pengeluara­n dan penjimatan kos bagi mengurangk­an impak pandemik dan kini berhasrat mengembang­kan portfolio tenaga boleh diperbahar­ui serta menilai semula kedudukan minyak dan gasnya.

“Industri minyak dan gas kini sedang berjuang untuk terus bertahan. Dengan kata lain, ia perlu terus mengurangk­an kos dan mendapatka­n segala bentuk sumber sumber kewangan sehinggala­h ekonomi dunia kembali pulih,” kata penganalis­is pasaran kanan OANDA, Jeffrey Halley kepada BERNAMA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia