Berita Harian

Beligas tawar peluang kerja B40

Inisiatif bantu penganggur tempuh cabaran pandemik COVID-19

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my

Gasstn Sdn Bhd, pemilik aplikasi Beligas menawarkan peluang pekerjaan kepada golongan B40 yang terkesan kerana diberhenti­kan kerja berikutan penularan COVID-19.

Pengarah Urusannya, M Suthan, berkata inisiatif yang dilaksanak­an syarikat penjualan dan penghantar­an gas memasak dalam talian yang ditubuhkan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu adalah untuk memastikan nasib golongan B40 terus terbela.

“Idea pengambila­n penganggur yang diberhenti­kan ketika krisis kesihatan alaf baharu ini tercetus selepas saya terbabit dengan aktiviti amal menyalurka­n makanan kepada golongan B40 yang terjejas ketika PKP.

“Hakikatnya, saya juga diberhenti­kan kerja akibat pengecilan operasi syarikat dan saya merasai betapa peritnya hidup tanpa mata pencarian. Selama tiga bulan, badan amal disertai saya menyalurka­n bantuan kepada 30 keluarga B40 di Sungai Long, Selangor.

“Saya fikir sampai bila kami dapat menyalurka­n bantuan makanan sedangkan lebih baik menawarkan pekerjaan kepada keluarga berkenaan dengan masa depan keluarga mereka adalah lebih terjamin.

“Daripada situ timbul idea untuk meneroka peluang perniagaan baharu sebelum menubuhkan Beligas pada Jun seterusnya menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka,” katanya ketika ditemui BH di Kajang, baru-baru ini.

Suthan berkata, sehingga kini lebih 20 pekerja syarikat itu diambil dalam kalangan mereka diberhenti­kan kerja ketika PKP.

Mereka, katanya berkhidmat dalam penghantar­an di tujuh cawangan Beligas di sekitar Lembah Klang.

Beliau berkata, dengan sasaran menubuhkan 93 cawangan lagi menjelang akhir tahun, ia bakal membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan B40 yang terjejas.

“Saya hanya membuka peluang kepada rakyat Malaysia khususnya golongan B40 yang diberhenti­kan kerja. Beligas menawarkan gaji, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan SOCSO termasuk komisen setiap penghantar­an gas melebihi RM2,000 sebulan.

“Saya amat berharap inisiatif syarikat kami dapat membantu golongan B40 memiliki pendapatan bagi menempuh cabaran kehidupan ketika wabak COVID-19 belum berakhir ketika ini,” katanya.

Mengulas mengenai perniagaan, Suthan berkata, Beligas optimis dapat membuka keseluruha­n 100 cawangan di tiga negeri di Semenanjun­g menjelang akhir tahun ini.

Katanya, sasaran utama syarikat untuk memperkema­skan jaringan perniagaan di Selangor, selain memastikan Beligas tersedia di dua lagi destinasi, iaitu Negeri Sembilan dan Melaka memandangk­an pihaknya turut memiliki lesen sebagai pengedar gas memasak di lokasi berkenaan.

“Ketika ini, kami menjalanka­n operasi menjual dan menghantar gas memasak ke hampir 78 kawasan dari tujuh cawangan sedia ada sekitar Selangor. Pada masa ini kami membekalka­n gas jenama Solar isi padu 14 kilogram,” katanya.

Beligas menawarkan jualan gas memasak secara dalam talian yang boleh ditempah dan dibeli menerusi laman web www.beligas.my atau menerusi aplikasi Beligas yang boleh dimuat turun menerusi Google Play Store.

Pembelian menerusi aplikasi juga menawarkan harga hanya RM25.60 (tempahan awal sehari dari hari penghantar­an) bagi tong isian 14 kilogram termasuk penghantar­an.

Pembelian biasa (penghantar­an hari sama), Beligas menawarkan harga RM26.60 termasuk penghantar­an, manakala permintaan penghantar­an terus selepas pembelian pada harga RM29.60 dan penghantar­an malam, iaitu mulai jam 8 malam hingga 11 malam adalah RM38.60.

 ??  ?? M Suthan
M Suthan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia