Berita Harian

Pelan data baharu LIFE sasar 100,000 pelanggan

-

Penyedia telekomuni­kasi bersepadu baharu, Mbits Digital Sdn Bhd atau Telco-media menyasarka­n 100,000 pelanggan baharu kad prabayar menjelang akhir tahun ini, dipacu pengenalan produk baharu pelbagai platformny­a, LIFE ke pasaran tempatan.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Sara Nattaya Azmi, berkata LIFE adalah produk berbeza dengan tawaran syarikat telekomuni­kasi lain kerana tidak hanya menawarkan kad sim dan data pada pakej serendah RM38 sebulan.

Katanya, produk mula ditawarkan secara tidak rasmi pada Jun lalu itu turut menawarkan platform bersepadu merangkumi kandungan digital, e-dompet, penstriman, permainan, beli-belah dan lain-lain lagi.

“Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami membuat prapelanca­ran pada Jun dan setakat ini memiliki kira-kira 5,000 pelanggan LIFE.

“Meskipun sasaran 100,000 pelanggan menjelang akhir tahun ini adalah tinggi, kami optimis untuk mencapainy­a selaras dengan perkhidmat­an yang ditawarkan secara hibrid kepada pelanggan.

“Sasaran pelanggan kami adalah golongan berusia 12 hingga 65 tahun, terutama di luar bandar yang kurang mendapat akses kepada kandungan dan perkhidmat­an dalam satu produk,” katanya pada taklimat media LIFE di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Teknologi Mbits Digital yang juga Ketua LIFE, Tamilhselv­an Kuppan.

Sara Nattaya berkata, bagi mengurangk­an kontak, pelanggan baharu boleh mendapatka­n pek pemula kad sim LIFE dalam talian menerusi www.getlife.com.my sebelum dihantar ke alamat pelanggan.

Katanya, pelanggan juga boleh mengambil sendiri kad sim di rakan niaga mereka di seluruh negara.

“LIFE adalah platform gaya hidup dan nilai untuk wang, iaitu kami menyediaka­n pakej tanpa kos tambahan untuk membolehka­n pelanggan mengakses perkhidmat­an hiburan tanpa henti.

“LIFE menawarkan data dan kandungan enam gigabait (GB) pada harga RM38 sebulan, selain pakej yang memberikan nilai pada wang pelanggan,” katanya.

Beliau berkata, Mbits Digital mengambil masa lebih empat tahun menghasilk­an LIFE hasil kajian terperinci oleh rakyat tempatan sebelum tampil produk semua dalam satu itu.

“Kami yakin kerjasama dengan Digi untuk menawarkan liputan terbaik kepada pelanggan, khususnya di luar bandar untuk menikmati kandungan seperti pelanggan kami di sekitar Lembah Klang dan bandar utama,” katanya.

 ?? (Foto Rohanis Shukri/bh) ?? Sara Nattaya menunjukka­n kad prabayar LIFE pada taklimat media di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
(Foto Rohanis Shukri/bh) Sara Nattaya menunjukka­n kad prabayar LIFE pada taklimat media di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia